Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SUBANG JAYA, 13 Jan – “Saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh, di luar jangkaan mereka. Saya mempunyai saksi-saksi yang berkreabiliti bersama-sama bukti-bukti di luar jangkaan mereka.

“Kita akan dedahkan di mahkamah nanti bagaimana teori keji konspirasi Azmin menghalalkan pelakuan isterinya  Shamsidar Taharin dengan insan munafik bernama Anwar Ibrahim,” ujar Umi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, isu moral yang paling penting kerana insan yang tidak bermoral, baginya tidak layak sebagai pemimpin, bakal pemimpin negara, apatah lagi pemimpin kepada keluarga.

“Saya mencabar Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama-sama saya dan Dr Mahathir serta Azizan masuk ke dalam mana-mana masjid untuk bersumpah laknat.

“Saya mencabar Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama-sama saya dan Dr Mahathir serta Azizan masuk ke dalam mana-mana masjid untuk bersumpah laknat.

“Saya sudah melakukannya, Saiful sudah melakukan, mengapa Azmin takut bersumpah. Kalau Azmin benar-benar seorang Islam  saya cabar Azmin buktikan apa yang berlaku tahun 1997.

“Saya mempunyai bukti yang kukuh dan tidak keterlaluan jika saya membawa orang-orang kanannya seperti Datuk Nallakaruppan,” ujarnya turut mengakui mempunyai gambar-gambar bukti yang telah beliau serahkan kepada Bukit Aman dalam tahun 1997.

Beliau mengakui, bukan niatnya untuk menganiaya atau menkhinati abangnya sendiri.

Malah kata beliau lagi ibunya sendiri pernah menasihatkannya agar bersabar, namun selepas 13 tahun, beliau melihat Azmin sudah melampau, semakin angkuh hingga sanggup menggadai dan mempertaruhkan maruah Melayu sedangkan dalam masa yang sama Azmin tidak layak bergelar pemimpin untuk sama-sama memimpin parti dan negara.

“Saya akan dedahkan satu-persatu di mahkamah nanti, dan saya mencabar Wan Azizah buat pertama kalinya, jika dia wanita Islam, dia seorang ibu yang baik… tolonglah berkata benar.

“Saya akan dedahkan satu-persatu di mahkamah nanti, dan saya mencabar Wan Azizah buat pertama kalinya, jika dia wanita Islam, dia seorang ibu yang baik… tolonglah berkata benar.

“Saya merayu, saya mewakili berjuta-juta wanita di Malaysia dengan tazimnya agar Wan Azizah mengaku siapakah ‘Anugerah Tuhan’ itu.

“Kita akan heret semua sakti-sakti yang Wan Azizah pernah menangis, pernah bercerita, pernah mengadu hal siapakah suaminya.

“Tapi kenapa kerana kepentingan parti, kenapa kerana kedudukan istimewa yang bakal diperolehi kalau jadi wanita pertama, dia sanggup menghalalkan cara,” tambahnya. -MediaUMNO

 

Advertisements

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR 13 JAN – Pemuda UMNO hari ini secara rasmi menyerahkan surat jemputan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  apa yang dibangkitkan oleh Ketua umum PKR itu khususnya perbelanjaan bagi menjayakan program 100 hari pakatan pembangkang.

Surat berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat  Firdouz  Tan Sri Megat Junid dan Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Datuk Seri Reezal dan Datuk Megat Firdouz tiba kira-kira pada jam 10.35 pagi dengan beberapa ahli untuk menyerahkan surat berkenaan.

Mereka keluar dari pejabat itu, lima minit kemudian dan memaklumkan bahawa surat tersebut telah diterima oleh kakitangan pejabat Anwar.

Megat Firdouz ketika ditemui berkata pihaknya berharap Anwar akan menyahut cabaran berdebat yang dikemukakan oleh Khairy secepat mungkin.

“Hari ini kita telah menyerahkan surat rasmi untuk mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat untuk memberi penjelasan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini. Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak.

“Atas nama demokrasi dan untuk tahu rancangan mereka yang sebenar terimalah pelawaan dan sahutlah pelawaan kami  untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak jelaskan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah,” katanya.

Megat Firdouz seterusnya menambah pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.

“Tarikh, tempat dan sebagainya kita akan bincang kemudian kerana yang penting adalah persetujuan daripada Anwar. Dan jika Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan soal selanjutnya,” katanya.

Semalam, Khairy sekali lagi menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung apa yang dibangkitkan oleh Ketua umum PKR itu khususnya perbelanjaan bagi menjayakan program 100 hari pakatan pembangkang

Menurut beliau debat berkenaan bukannya soal antara wakil rasmi kerajaan dengan pembangkang tetapi ianya adalah antara Ahli Parlimen bagi membincangkan soal ekonomi yang merupakan agenda penting negara.

Beberapa hari lalu,  Anwar mencabar Najib supaya berdebat bagi mempertahankan program pembaharuan 100 hari itu yang didakwa BN akan mengheret negara ke arah kehancuran seperti Greece jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Khairy adalah yang pertama memberikan reaksi apabila Anwar melontarkan cabaran berdebat itu dengan membalasnya di Twitter. -MediaUMNO

 

KUALA LUMPUR 13 Jan – Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 untuk melaksanakan Program 100 yang dicadangkan itu malah mampu melakukannya sekarang tanpa menunggu pilihan raya akan datang jika mereka benar-benar berkemampuan.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Mohd  Zin Mohamed berkata, sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar dan pakatan pembangkang mampu membuat perubahan seperti yang dicanangkan itu di Selangor kerana negeri itu dibawah pemerintahan pakatan pembangkang.

“Mengapa perlu menunggu sehingga PRU 13, dia boleh lakukan perubahan yang dikatakan itu di Selangor, dia adalah penasihat ekonomi Selangor, jangan hanya pandai bercakap sahaja tapi tidak mampu melakukannya.

“Ini adalah perangai Anwar dan pembangkang, mereka akan menabur pelbagai janji untuk menagih sokongan daripada rakyat, pembangkang sudah banyak membuat  pelbagai janji tetapi sehingga kini perkara itu masih tidak terlaksana.

“Di Selangor ini, pelbagai janji yang dibuat oleh pembangkang ketika pilihan raya dahulu, tetapi apabila dah dapat, apa yang dianjikan itu hanya tinggal janji sahaja,  hanya pemberian air percuma sahaja yang mampu dilakukan oleh mereka, itu pun bukan semua yang dapat,” katanya kepada UMNO-Online.

Read the rest of this entry »

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 13 Jan – Majlis Belia Hulu Selangor hari ini menggesa Pas agar tidak lepas tangan dan segera menyiasat perbuatan mencabul kanak-kanak tadika PASTI di bawah kelolaan mereka akan perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.

Pengerusi Majlis Belia Hulu Selangor, Zulkarnain A Hanit berkata sebagai golongan belia di kawasan ini pihaknya amat kecewa dan malu atas tindakan tersebut yang diibaratkan satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Manusia yang bertopengkan ‘binatang’ ini harus menjaga dan mendidik anak-anak kita khususnya anak-anak ahli mereka sendiri di PASTI tersebut, namun apa yang dikesalkan adalah mereka mengambil peluang untuk melakukan perkara-perkara jijik yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia yang waras.

“Justeru kit berharap agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini secara terperinci, seterusnya menjatuhkan hukuman yang  setimpal agar perkara sumbang ini tidak berlaku lagi di masa hadapan”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama tegas beliau pihaknya kesal dengan sikap sesetengah pihak yang lantang mendakwa memperjuangkan Islam, bertopengkan agama sedangkan perbuatan mereka cukup jijik dan memalukan.

Justeru beliau berkata pihaknya mahu pihak Pas untuk turun menyiasat serta memantau pergerakan dan aktiviti di pusat asuhan PASTI ini khususnya di Hulu Selangor agar perkara ini tidak berulang lagi.

“Kita tidak mahu selepas ini, ada lagi yang menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu songsang pentadbir mereka,” ujarnya.

Belaiu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa Pengerusi JKKK Kuala Kubu Bharu yang merupakan Setiausaha Pas Hulu Selangor disiasat pihak polis akibat dakwaan terlibat dalam kes mencabul pelajar-pelajar PASTI di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. -MediaUMNO

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Batang Kali, 11 Jan- Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor mencabar Pas Hulu Selangor membuktikan penglibatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana ketika timbul desas-desus mengatakan Pengerusi JKKK Kuala Kubu Bharu yang merupakan Setiausaha Pas Hulu Selangor disiasat pihak polis akibat didakwa terlibat dalam kes mencabul pelajar-pelajar PASTI di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini, mereka menuduh ini angkara UMNO dan BN yang sengaja membuat fitnah dan mahu memburukkan nama Pas Hulu Selangor, ujar Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim.

Tambahnya, mereka jangan mengelakkan diri atau menutup kesilapan mereka dengan menjadikan UMNO sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes tersebut. Mereka juga perlu rasional dan bersedia membuat laporan polis bagi menjernihkan keadaan mereka. Kita juga tidak mahu maruah SU Pas tesebut menjadi perbualan orang.

Read the rest of this entry »

Oleh: Ku Azman Ku Abas

KUALA LUMPUR  11 JAN – Pemimpin pakatan pembangkang diselar kerana mengamalkan perjuangan politik terpilih dan dua kasta berhubung perjuangan membela kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sikap pembelaan terpilih dan dua kasta pakatan pembangkang ini terserlah apabila isu panggilan “pariah” oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada satu ketika dahulu tidak diendahkan.

Tegas beliau kenapakah terdapat perbezaan perjuangan dalam isu berkenaan sedangkan panggilan “pariah“ tidak sepatutnya diungkapkan kepada mana-mana pihak yang berketurunan India di negara ini.

“Bukankah panggilan ‘pariah’  itu merupakan satu penggilan yang tidak sepatutnya dan merupakan satu penghinaan yang tidak sepatutnya diluahkan oleh mana-mana individu apatah lagi seorang pemimpin tertinggi di dalam PKR.

Read the rest of this entry »

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SEPANG 10 Jan- Nampaknya kerajaan negeri Selangor masih tidak habis-habis mahu menimbulkan isu air di Selangor, sehingga mengheret sama rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam isu tersebut, ujar Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran.

Tambahnya, kerajaan negeri kini mula mengguna dan menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk `Kempen Tandatangan Selamatkan Air Selangor’ di pasar-pasar malam atau pasar-pasar tani bagi mendapatkan sokongan berkenaan isu air di Selangor.

“Saya yakin dan percaya, dalam hal ini, Kerajaan Negeri sebenarnya tahu bahawa mereka sudah tidak mampu untuk menanggung subsidi pemberian air percuma di Selangor. Itu belum lagi tuntutan bagi pengguna meter pukal yang masih lagi tidak pernah menikmati pemberian air percuma pada mereka.

Oleh itu mereka sedaya upaya cuba untuk menjadikan kelemahan mereka sebagai satu kesalahan pada kerajaan Barisan Nasional pula,” ujarnya kepada UMNO-Online bagi mengulas isu tersebut.

“Saya yakin janji-janji mereka sebelum PRU12 akan hanya tinggal janji. Saya turut yakin jika kerajaan negeri gagal untuk membeli Syabas, maka pemberian air percuma sebanyak 20m3 sebulan pasti akan tamat tidak lama lagi.

Kita juga rasa kecewa dengan gerakaan mereka menggunakan PBT untuk kempen tandatangan di pasar malam dan di pasar tani sedangkan lebih banyak kerja-kerja berfaedah lain boleh dibuat oleh PBT ini daripada melaksanakan agenda politik kerajaan negeri yang nampak begitu terdesak sekarang,” tambahnya lagi- MediaUMNO

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Shah Alam, 6 Jan- Pertubuhan 4 Justice melihat isu perlantikan SUK Selangor ini sebagai satu cara bagi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor membuktikan pada rakyat bahawa walaupun mereka tahu mereka tiada hak dalam perkara ini namun mereka tetap mahu mengheret sama rakyat untuk bersama menentang keputusan yang telah diistiharkan oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berpendapat bahawa kerajaan negeri dengan sengaja secara terus-menerus mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat dengan hasutan-hasutan yang bersifat dangkal.

“Ini semua untuk membuktikan bahawa mereka cuba memberikan keadilan pada pakatan rakyat yang kononnya telah dinafikan hak mereka.

Tetapi mereka juga lupa, mereka jugalah pakatan yang gagal menunaikan janji-janji manis mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, bukan sahaja di Selangor malah negeri-negeri yang sudah di bawah pentadbiran mereka semenjak pilihan raya umu ke 12 yang lalu,” ujarnya mengulas kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tambahnya, selepas 30 bulan memerintah beberapa buah negeri khususnya Selangor, banyak janji-janji mereka bukan sahaja gagal dilaksanakan, malah mereka juga boleh menjanjikan janji-janji manis yang baru demi mendapatkan semula sokongan rakyat yang semakin pudar kepada pakatan songsang ini.

“Sebagai contoh di Selangor, masalah tentang pemberian air pada mereka yang menggunakan meter pukal masih gagal dilakukan. Mereka gagal untuk memberi bantuan 20m3 air percuma kepada pengguna meter pukal.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice ingin mengajak rakyat Selangor, kini tiba masanya ‘Rakyat Bangkit’ kembali untuk menolak kerajaan dengan janji-janji palsu mereka, sekaligus membuktikan bahawa Rakyat Selangor sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin kerajaan hipokrit ini serta menyingkirkan mereka pada PRU13 kelak demi sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin dan memahami aspirasi rakyat yang sebenar,” ujarnya lagi.

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM, 5 Jan – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS,  Hamidzun Khairuddin berkata tindakan Abdul Khalid bersama beberapa barisan exco kerajaan negeri yang berterusan mempolemikkan isu pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mengundang rasa tidak puas hati rakyat hingga menyebabkan mereka kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri besar itu.

“Dan dengan itu kami mendesak  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco yang menyokong beliau iaitu Yaakop  Sapari, Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Rodziah Ismail dan Halimah Ali agar bukan berhenti mempolemikkan dan mempolitikkan isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK,  malah meletak jawatan dengan kadar segera” katanya.

Read the rest of this entry »

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Keghairahan pimpinan pembangkang khususnya pimpinan DAP untuk “mengimarahkan” masjid serta surau di Selangor dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sewajarnya perlu mengikut adab dan budaya masyarakat Islam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata mereka perlu menghormati apa tatacara yang telah dikethaui umum seperti menutup aurat dan sebagainya bagi mengelakkan apa yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Serdang, Teo Ning Ching berulang.

Soal beliau bagaimanakah perasaan kaum lain seandainya mana-mana pihak yang mengadakan program dan sebagainya di rumah ibadat mereka tidak mematuhi tatacara serta adab ketika berada di rumah ibadat berkenaan.

“Kita tidak sedikit pun marah dengan pelbagai program yang diadakan di kawasan sekitar majis dan surau malah kita amat mengalu-alukan kerana ianya memupuk semangat permuafakatan dan sebagainya.

“Namun apa yang kisa kesal dan pertikaikan, kenapakah pemimpin pembangkang hari ini tanpa segan silu tidak menghormati adab ketika berada di kawasan ibadat umat Islam. Mereka nak buat pelbagai jenis senaman dan jika sanggup adakan sampai ke pagi pun kita tidak kisah. Janji ikutlah adab dan tatasusila kita,” katanya.

Read the rest of this entry »