Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 7 Februari – Secara peribadi saya sangat terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie kerana saya mengenali beliau agak lama dan watak beliau sebelum ini sebenarnya agar lembut dan pendiam.  Malah ketika saya bersama KeADILan dahulu, tidak pernahpun kita mendengar mana-mana pemimpin KeADILan mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan atau berbaur hasutan terhadap institusi di Raja, ujar mantan Majlis Pimpinan Tertinggi dan Setiausaha Pemuda KeADILan, Lokman Noor Adam.

Tambahnya, sungguhpun gelombang Reformasi dan simpati terhadap Anwar begitu kuat pada tahun 1999, namun disebabkan rata-rata pemimpin muda yang menerajui KeADILan adalah bekas UMNO yang masih tebal semangat Agama, Bangsa dan Negaranya, maka KeADILan gagal mendapat sokongan bukan Melayu.

“Walau bagaimanapun, kaedah pendekatan KeADILan berubah setelah KeADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang berhaluan kiri untuk membentuk PKR dan setelah Anwar dibebaskan.

Anwar tahu bahawa jika PKR terus memperjuangkan nasib orang Melayu, rakyat tahu bahawa UMNOlah juara mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputra. Justeru itu, Anwar menukar strategi pendekatan PKR dengan cuba menjadikan PKR parti yang lebih Cina dari MCA dan lebih India daripada MIC,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Malangnya strategi Anwar ini hanya berjaya meyakinkan pengundi India dan Cina sebelum PRU12 sahaja.  Selepas mereka berjaya memerintah di Selangor khususnya, orang India kini semakin sedar bahawa apa yang Anwar perkatakan hanyalah retorik semata-mata.

(more…)

Advertisements

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SUBANG JAYA, 13 Jan – “Saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh, di luar jangkaan mereka. Saya mempunyai saksi-saksi yang berkreabiliti bersama-sama bukti-bukti di luar jangkaan mereka.

“Kita akan dedahkan di mahkamah nanti bagaimana teori keji konspirasi Azmin menghalalkan pelakuan isterinya  Shamsidar Taharin dengan insan munafik bernama Anwar Ibrahim,” ujar Umi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, isu moral yang paling penting kerana insan yang tidak bermoral, baginya tidak layak sebagai pemimpin, bakal pemimpin negara, apatah lagi pemimpin kepada keluarga.

“Saya mencabar Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama-sama saya dan Dr Mahathir serta Azizan masuk ke dalam mana-mana masjid untuk bersumpah laknat.

“Saya mencabar Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama-sama saya dan Dr Mahathir serta Azizan masuk ke dalam mana-mana masjid untuk bersumpah laknat.

“Saya sudah melakukannya, Saiful sudah melakukan, mengapa Azmin takut bersumpah. Kalau Azmin benar-benar seorang Islam  saya cabar Azmin buktikan apa yang berlaku tahun 1997.

“Saya mempunyai bukti yang kukuh dan tidak keterlaluan jika saya membawa orang-orang kanannya seperti Datuk Nallakaruppan,” ujarnya turut mengakui mempunyai gambar-gambar bukti yang telah beliau serahkan kepada Bukit Aman dalam tahun 1997.

Beliau mengakui, bukan niatnya untuk menganiaya atau menkhinati abangnya sendiri.

Malah kata beliau lagi ibunya sendiri pernah menasihatkannya agar bersabar, namun selepas 13 tahun, beliau melihat Azmin sudah melampau, semakin angkuh hingga sanggup menggadai dan mempertaruhkan maruah Melayu sedangkan dalam masa yang sama Azmin tidak layak bergelar pemimpin untuk sama-sama memimpin parti dan negara.

“Saya akan dedahkan satu-persatu di mahkamah nanti, dan saya mencabar Wan Azizah buat pertama kalinya, jika dia wanita Islam, dia seorang ibu yang baik… tolonglah berkata benar.

“Saya akan dedahkan satu-persatu di mahkamah nanti, dan saya mencabar Wan Azizah buat pertama kalinya, jika dia wanita Islam, dia seorang ibu yang baik… tolonglah berkata benar.

“Saya merayu, saya mewakili berjuta-juta wanita di Malaysia dengan tazimnya agar Wan Azizah mengaku siapakah ‘Anugerah Tuhan’ itu.

“Kita akan heret semua sakti-sakti yang Wan Azizah pernah menangis, pernah bercerita, pernah mengadu hal siapakah suaminya.

“Tapi kenapa kerana kepentingan parti, kenapa kerana kedudukan istimewa yang bakal diperolehi kalau jadi wanita pertama, dia sanggup menghalalkan cara,” tambahnya. -MediaUMNO

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR 13 JAN – Pemuda UMNO hari ini secara rasmi menyerahkan surat jemputan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  apa yang dibangkitkan oleh Ketua umum PKR itu khususnya perbelanjaan bagi menjayakan program 100 hari pakatan pembangkang.

Surat berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat  Firdouz  Tan Sri Megat Junid dan Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Datuk Seri Reezal dan Datuk Megat Firdouz tiba kira-kira pada jam 10.35 pagi dengan beberapa ahli untuk menyerahkan surat berkenaan.

Mereka keluar dari pejabat itu, lima minit kemudian dan memaklumkan bahawa surat tersebut telah diterima oleh kakitangan pejabat Anwar.

Megat Firdouz ketika ditemui berkata pihaknya berharap Anwar akan menyahut cabaran berdebat yang dikemukakan oleh Khairy secepat mungkin.

“Hari ini kita telah menyerahkan surat rasmi untuk mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat untuk memberi penjelasan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini. Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak.

“Atas nama demokrasi dan untuk tahu rancangan mereka yang sebenar terimalah pelawaan dan sahutlah pelawaan kami  untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak jelaskan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah,” katanya.

Megat Firdouz seterusnya menambah pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.

“Tarikh, tempat dan sebagainya kita akan bincang kemudian kerana yang penting adalah persetujuan daripada Anwar. Dan jika Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan soal selanjutnya,” katanya.

Semalam, Khairy sekali lagi menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung apa yang dibangkitkan oleh Ketua umum PKR itu khususnya perbelanjaan bagi menjayakan program 100 hari pakatan pembangkang

Menurut beliau debat berkenaan bukannya soal antara wakil rasmi kerajaan dengan pembangkang tetapi ianya adalah antara Ahli Parlimen bagi membincangkan soal ekonomi yang merupakan agenda penting negara.

Beberapa hari lalu,  Anwar mencabar Najib supaya berdebat bagi mempertahankan program pembaharuan 100 hari itu yang didakwa BN akan mengheret negara ke arah kehancuran seperti Greece jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Khairy adalah yang pertama memberikan reaksi apabila Anwar melontarkan cabaran berdebat itu dengan membalasnya di Twitter. -MediaUMNO

 

SHAH ALAM, 13 Nov – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini  bimbang mengenai mengenai masa depan generasi muda di negeri ini berikutan pembaziran dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengurusan institusi pengajian milik kerajaan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Noh Omar.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat  menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.

Noh berkata Yayasan Selangor ditubuhkan Barisan Nasional bagi menjaga  kebajikan anak-anak luar bandar dan ia telah berjaya menghasilkan ribuan anak Selangor yang berjaya di dalam pelajaran.

 

(more…)

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyifatkan keputusan kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek teras dan wajib lulus adalah bertepatan dengan arus kemajuan negara.

Presidennya Datuk Hasan Malik berkata, di sebalik kemajuan yang dikecapi, pemahaman masyarakat mengenai sejarah lampau adalah penting agar kejayaan tersebut tidak boleh disanggah dan dipermainkan mana-mana pihak.

“Sejarah adalah asas kepada pembentukan keperibadian seseorang individu dan juga negara. Sejauh dan sedalam mana kita mengenali asal usul kita, sejarah kita, maka sejauh itulah kita mengenali siapa kita dan yang paling penting kita juga akan lebih mengenali dan memahami hak orang lain.

“Soal Perlembagaan, kontrak sosial yang telah terpatri sekian lama kini dipersoalkan…jadi Gagasan mahu terkehadapan dalam soal ini dan sama-sama memperjuangkan agar mata pelajaran Sejarah dapat dipastikan menjadi subjek wajib lulus demi kesinambungan survival masyarakat di masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran penubuhan dan mesyuarat agung kali pertama pertubuhan itu di Auditorium Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil di sini, hari ini.

(more…)

SHAH ALAM, 12 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shahmembatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 YayasanSelangor pada 15 Nov ini.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang dewan undangan negeri di sinihari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata keputusan itudibuat kerana baginda dukacita dengan kos terlalu tinggi mengadakan majlis itu.

Ramli berkata pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengahhari.

Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebihdaripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir”.

Baginda berpendapat wang itu adalah lebih berfaedah jika digunakan untukbelanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar darigolongan yang kurang berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif Yayasan Selangor, kata Ramli.

Ramli berkata: “Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Datuk MenteriBesar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkanmengenai perkara ini dan kos yang terlibat”. – Bernama

“Sejauh mana kita melangkah jauh meninggalkan muzium, namun kita tetap tidak dapat meninggalkan SEJARAH yg ada didalamnya” begitu rapat antara hubungan sejarah dgn kehidupan manusia, ujar Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

Sejarah juga menjadi panduan dan pedoman bagi setiap manusia dan tamadunnya bagi  mengatur serta menyusun langkah kehadapan yang lebih baik. Sering juga kita mendengar ungkapan orang bijak pandai yang mengatakan bahawa mana mana  bangsa yang tidak belajar dari sejarah bangsanya nescaya ia akan dihukum oleh kesilapan sejarah yang pernah dilakukannya.

“Dalam konteks ini apa yang telah diutarakan oleh Presiden UMNO dalam perhimpunan Agong yang lepas, ia seharusnya dilihat sebagai satu tindakan yang bertepatan dalam sebuah negara yang dihuni oleh berbagai bangsa, kaum, etnik dan fahaman agama ini kerana kalau susur galur sejarah kita tidak dihayati, dipelajari dengan baik dikhuatiri kelak boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Sekiranya sejarah itu dipelajari dan dihayati dengan baik saya yakin dan percaya bahawa setiap individu dan masyarakat dalam negara ini akan lebih saling menghormati antara satu sama lain kerana sejarah negara ini terlalu tinggi nilai sentimentalnya berbanding dengan mana mana sejarah negara lain,” ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Seharusnya DAP tidak perlu mempolitikan tentang isu cadangan yang telah dikemukan oleh kerajaan kerana kita bercakap tentang “fakta” dan bukan tentang “auta” dan kerajaan tidak perlu tunduk atau merujuk tentang apa jua bentuk tekanan oleh pembangkang yang sering menentang bila mana sesuatu perkara yang dilihat tidak menguntungkan mereka walaupun perkara tersebut adalah perkara yang benar dan memberi kebaikan kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussin berkata, sebahagian besar rakyat di Negara ini menyokong tindakan kerajaan untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai salah satu subek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 terdapat juga golongan yang juga merupakan warganegara Malaysia yang menolak tindakan tersebut secara terang-terangan.

Sikap pemimpin DAP yang sentiasa mempunyai pemikiran sempit dan buruk sangka dilihat terlalu takut dengan perlaksanaan tersebut. Mereka seharusnya sedar bahawa sejarah merupakan fakta yang jelas dan tepat bagi memberi pemahaman kepada seluruh rakyat Malaysia khsusnya kepada golongan muda dan generasi akan datang.

“DAP cuba untuk mempolitikkan isu tersebut yang seharusnya sejarah menjadi teras jatidiri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Tiada siapa boleh menafikan rentetan sejarah yang berlaku di Negara ini terutamanya dalam usaha mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia dimana Melayu, Cina dan India memainkan watak penting dalam mempelopori perjuangan ke arah itu.

Apa yang kita maklum, dalam perjalanan sejarah Negara Malaysia, parti DAP sebenarnya tidak memainkan peranan dan terlibat dalam apa juga perjuangan kerana mereka hanya menjaga kepentingan politik mereka sahaja sehingga hari ini. Mereka takut rakyat terutamanya golongan muda mengetahui bahawa DAP  sebenarnya mengamalkan politik sempit dan tidak mempunyai apa-apa jasa kepada Rakyat dan Negara sejak ditubuhkan,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Kita meminta pemimpin-pemimpin DAP perlu mengamalkan sikap yang lebih terbuka dan buangkan kerisauan yang ada dalam hati mereka berhubung isu tersebut. Jika mereka mengaku sebagai rakyat Malaysia mereka seharusnya bukan sahaja menyokong malah menghayati sejarah yang berlaku di Negara ini tanpa adanya perasaan buruk sangka.

 

Jangan hanya menuduh kononnya ada anasir luar mahu mensabotaj proses Pemilihan Kepimpinan PKR Cabang Hulu Selangor Ahad ini, sebaliknya mereka harus mendedahkan anasir yang dimaksudkan nanti termasuk individu-individu yang dikatakan terbabit sebagai perancangnya, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Hulu Selangor mencabar dan menuntut PKR Cabang Hulu Selangor khususnya Ketua

Penerangan PKR Cabang Hulu Selangor, Shaiful Anuar Sulaiman agar membuktikan dakwaan mereka tersebut.

”Kita nak nasihat PKR Hulu Selangor supaya tidak menuding jari kepada pihak-pihak lain bagi menutup kekurangan dan kelemahan mereka sendiri.

Hari ini, PKR dilihat lebih suka membuat pelbagai perancangan semata-mata untuk memperlihatkan kepada umum bahawa kononnya mereka adalah parti yang lebih demokratik tetapi realitinya tidak mempunyai ketelitian dan persediaan yang cukup lengkap untuk melaksanakan perancangan tersebut sepertimana pemilihan kali ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Hakikatnya, rakyat sedang melihat pemilihan kepimpinan di semua peringkat pada tahun ini sebagai kayu pengukur untuk menilai kemampuan PKR dan Pakatan Rakyat di dalam mentadbir kerajaan. Jika urusan pemilihan di peringkat parti pun gagal dilaksanakan dengan sempurna apatah lagi untuk mengurus rakyat negara ini yang seramai 29 juta orang.

”Saya yakin dan percaya sebarang kekecohan sekiranya berlaku di dalam pemilihan Cabang Hulu Selangor nanti adalah angkara ahli-ahli PKR sendiri yang tidak puas hati terhadap tindak tanduk jawatankuasa pemilihan dan pergolakan antara penyokong calon-calon yang bertanding merebut jawatan lebih-lebih lagi apabila pemilihan ketua cabang kali ini dijangka sengit yang melibatkan pertandingan lebih daripada 2 penjuru.

Perebutan jawatan oleh ramai calon-calon baru ini juga mengesahkan pandangan masyarakat umum  selama ini bahawa memang wujud ketidaktentuan dan kepincangan di dalam kepimpinan PKR Cabang Hulu Selangor walaupun Kerajaan Negeri sedang diterajui oleh Pakatan Rakyat,” tambahnya lagi.

Putrajaya, 29 Sept – Kerajaan Persekutuan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor bahawa penswastaan perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor pada 1 Januari 2005 adalah untuk menswastakan keuntungan dan membiarkan kerugian ditanggung oleh rakyat.

Hakikatnya, usaha penswastaan yang dibuat melalui perjanjian konsesi ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan di negeri tersebut yang sebelum ini menghadapi masalah kekurangan dana untuk menampung kos operasi sehingga kerajaan negeri dibebani jumlah hutang yang tinggi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui berkata, masalah tersebut juga telah menyebabkan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat terjejas dengan kadar air tidak berhasil meningkat sehingga 42.78% manakala kualiti air telah merosot.

“Walau bagaimanapun, kerajaan negeri sekarang pula berhasrat untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dengan alasan untuk melaksanakan model holistik. Atas permintaan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan telah memberi tempoh masa yang mencukupi bagi melaksanakan pengambilalihan tersebut.

(more…)

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Sungguhpun UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka terhadap usaha untuk menyatu-padukan orang Melayu, namun pemimpin dan ahli-ahli UMNO di segenap lapisan masih waras dan belum gila untuk membubarkan UMNO dan menyertai Pas, ujar EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam.

“Seperti yang kita sedia maklum, UMNO sebagai sebuah parti yang besar dalam senario yang paling teruk pun, UMNO masih memenangi 78 kerusi Parlimen sedangkan Pas yang berada dalam keadaan yang terbaik pun , mereka hanya menang 22 kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Jika boleh berikan perumpaan, Pas ibarat cawan yang yang diisi separuh air manakala UMNO ibarat sebuah jug yang juga diisi dengan separuh air di dalamnya. Kalau isi cawan itu dimasukkan ke dalam jug tersebut, ianya masih boleh diisi dalam jug tersebut tetapi adalah tidak munasabah, jika isi jug tersebut hendak di masukkan ke dalam cawan tersebut,” ujar Lokman ketika dihubungi UMNO-Online bagi mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengajak UMNO menyertai Pas sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Tambahnya, beliau amat terkejut dengan pandangan tersebut, dan ia jelas membuktikan bahawa kewarasan pandangan Mursyidul Am Pas tersebut memang wajar diragui.

“Kenyataan Nik Aziz hari ini hanyalah sekadar kenyataan ‘Melayu Galas’ kerana kenyataan beliau sebelum ini, beliau tidak bangga menjadi orang Melayu. Malangnya bila bakal terjadi Pilihan Raya Kecil DUN Galas, beliau tiba-tiba bercakap tentang penyatuan Melayu.

Saya yakin selepas kekalahan Pas di Galas nanti, Nik Aziz akan meneruskan usaha untuk memancing undi bukan Melayu dengan mengadaikan perjuangan Islam yang selama ini dibawa oleh Pas,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Unit Pidato dan Pengucapan Awam  Pemuda UMNO Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk menyokong cadangan pelaksanaan undang-undang kanun acara jenayah Islam yang disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan At Tantawi  baru-baru ini.

Beliau harus pastikan Ahli-Ahli Parlimen dari Pas akan mengusulkan pelaksaan undang-undang tersebut dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Saya yakin dan percaya bahawa Pas sendiri tidak berani bangkitkan perjuangan mereka untuk laksanakan Hudud kerana takut hubungannya dengan Dap terjejas. Bagaimana Pas nak ambil alih peranan UMNO dan menjadi satu-satunya parti Melayu sedangkan mereka sendiri terpaksa tunduk dengan perintah dan arahan Dap,” tambahnya lagi.