Archive for the ‘NGO Selangor’ Category

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merancang melarikan diri ke luar negara dan merancang ‘rusuhan rakyat’ sebagaimana yang berlaku di Thailand dan Mesir, untuk mewujudkan suasana huru hara di Malaysia, seterusnya mengulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, dakwa Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah.

Tambahnya, pendedahan ini diperolehi daripada seseorang, menerusi dokumen bertarikh 9 Februari 2011 yang bertajuk `Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri – Bahagian 1 dan 2 [Akhir]’.

“Maklumat yang saya perolehi ini ada kebenarannya. Sebab itu saya buat laporan polis supaya siasatan segera dapat dibuat. Kami mahu laporan polis ini diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan.  Perbicaraan Anwar akan bersambung pada 14 Februari 2011 tetapi belum ada sebarang tanda-tanda ia dapat diselesaikan.

”Ini berdasarkan tindak-tanduk Anwar yang sering menangguhkan perbicaraan dengan mewujudkan pelbagai alasan.  Dia kini bebas ke luar negara khususnya Amerika Syarikat dan Turki di mana diketahui dia mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negara tersebut,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang tadi.

(more…)

Kuala Lumpur, 7 Februari- Pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Khalid Ibrahim semakin ketara dan tidak dapat di kawal apabila penderhaka Suhaimi Shafie akan dibiayai kos guamannya oleh kerajaan negeri. Ini tentunya satu lagi salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah kerajaan pakatan, ujar Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang dimahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.

“Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya. Pentadbiran korup seperti ini sangat dekat dengan sikap dan perangai Hosni Mubarak, pemimpin sombong dan diktator yang sedang digelodak oleh kebangkitan api perjuangan rakyat,” ujarnya  mengulas tindakan kerajaan negeri yang akan membiayai kos guaman Suhaimi Shafie.

Rakyat berpandangan pembiayaan kewangan guaman ini juga adalah satu lagi bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid Ibrahim sebenarnya adalah juga bersubahat menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dengan bersekongkol bersama Shuhaimi, Adun derhaka Selangor.

“24 Januari lalu, kerajaan negeri bersungguh-sungguh mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri yang kononnya bertujuan untuk memperkasa dan mendaulatkan kuasa Sultan Selangor, tapi apa yang berlaku dan tindakan mereka hari ini, sebaliknya dan membuktikan mereka derhaka kepada Sultan Selangor,” ujarnya lagi.

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 31 Jan- Kemenangan calon Barisan Nasional, Mohd Azhar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenang serta peningkatan undi kepada BN semalam merupakan satu sokongan moral kepada BN dan UMNO.

Presiden Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, kejayaan manis BN ini juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpegang pada janjinya, bahawa calon yang akan ditampilkan oleh BN adalah calon dari akar umbi yang diterima oleh rakyat, selain mereka sudah melihat sendiri sandiwara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang gagal dalam menterjemahkan janji manifesto pilihanraya mereka yang yang.

“Dalam masa yang sama, sokongan orang muda yang telah kembali memberikan sokongan kepada BN menunjukkan BN telah berjaya dirakyatkan.

Bilangan  tambahan majoriti walaupun tidak mencapai sasaran yang dikehendaki oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi dengan peningkatan ini telah menunjukkan rakyat masih tetap yakin dengan UMNO dan Barisan Nasional selain masih berharap agar pucuk pimpinan parti terus melakukan perubahan yang lebih drastic melalui kerja-kerja yang lebih memasyarakatkan parti,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang.

(more…)

(Artikel dari Utusan Malaysia, pg 15, 16 Januari 2011)

SHAH ALAM 15 Jan. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu daripada jawatan Exco selepas wakil rakyat itu mempertikaikan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, Ronnie tidak layak untuk memegang jawatan itu kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat terutama umat Islam di negeri ini.

“Sudah tiba masanya Ronnie dipecat daripada jawatan Exco kerajaan negeri kerana beliau terbukti merupakan seorang pemimpin yang biadab serta tidak menghormati umat Islam di Selangor.

“Ini terbukti apabila beliau mengatakan udang-undang syariah yang melarang umat Islam bekerja di premis arak sebagai tidak praktikal.

“Ia jelas menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Faizal turut memberi amaran kepada Ronnie supaya wakil rakyat itu tidak terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menaikkan api kemarahan umat Islam di negara ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, kenyataan Ronnie menunjukkan sikap sebenar wakil rakyat itu yang akan melakukan apa saja hingga sanggup mengeluarkan kenyataan mengugut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merupakan badan pelaksana Enakmen Jenayah Syariah negeri.

“Tindakan Ronnie itu membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak telus apabila wakil rakyatnya bebas campur tangan dalam tadbir urus .

“Ronnie perlu sedar bahawa pentadbiran negeri Selangor tidak boleh bercanggah dengan undang-undang Islam di negeri ini,” katanya.

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 14 Jan – Selepas 13 tahun menyepi, akhirnya Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil untuk menegakkan kebenaran. Yang pasti, pengakuan dan pendedahan Ummi Hafilda semalam di Subang Jaya, pastinya memberikan tamparan hebat kepada Azmin Ali selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan Umi tentang kebenaran dan kesahihan hubungan intim Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

“Saya agak terkejut kerana kali ini Umi tampil membuat pendedahan yang cukup memberikan tamparan selain akan membuat tindakan menyaman semua individu yang terlibat dalam kes 1997 yang lalu. Dengan menyebut beberapa nama seperti Karpal Singh dan Mat Sabu, saya beranggapan kebenaran pasti akan bersama Ummi Hafilda kali ini.

Bukan niat saya untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sekiranya Ummi Hafilda bersalah, saya kira inilah masa untuk pakar-pakar  saman ini untuk membuat tindakan dengan melakukan saman terhadap Ummi Hafilda,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas pendedahan skandal seks Anwar-Shamsidar semalam.

Tambahnya, bukan setakat saman berjumlah RM700juta, malahan Ummi juga bersedia dan mencabar Anwar serta abangnya, Azmin untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut. Isu hubungan intim Anwar dan Shamsidar, satu isu yang cukup memberikan impak besar kepada senario politik negara, oleh itu Anwar dan Azmin wajar menyahut cabaran Ummi bagi memperjuangankan kebenaran yang sebenar.

Sehingga kini, jalan cerita ini hampir sama dengan kes tahun 1997. Cuma kelainannya apabila Ummi mendedahkan bagaimana Karpal Singh orang yang menerima ceritanya dulu, kini telah memihak kepada Anwar Ibrahim.

Begitu juga dengan Mat Sabu, orang yang bertanggungjawab mengelar Anwar Al-Juburi adalah orang yang bertanggungjawab dihantar oleh Pas untuk mengetahui aktiviti sonsang Anwar ini satu ketika dulu, kini beliaulah orang yang beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim.

”Saya amat berharap dengan pendedahan berani dan penuh bertanggungjawab ini, kebenaran akan dapat ditegakkan dan mana-mana individu yang boleh disabitkan untuk didakwa akan diadili di mahkamah.

Saya juga mendesak agar peguam, Karpal Singh digugurkan sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari. Karpal juga hendaknya dijadikan saksi bagi pendakwaan tersebut kerana beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau ada bercakap dalam Parlimen, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai peliwat pada tahun 1997,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau amat berharap agar pendedahan ini juga, rakyat akan dapat menilai sejauhmana ketelusan, keikhlasan dan kejujuran serta akhlak pemimpin pakatan pembangkang yang kononnya satu pakatan rakyat, seterusnya menolak kumpulan perosak rakyat ini dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

”Kumpulan perosak rakyat ini diibaratkan ’paku dulang, paku serpih mengata orang pakatan rakyat inilah yang lebih’. Jika dulu Anwar kata ’Lawan Tetap Lawan’, saya kira laungan itu akan tinggal kenangan kerana perjuangan Anwar atau slogan mereka kini ’Tanguh Tetap Tangguh’ didahulukan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 13 Jan – Majlis Belia Hulu Selangor hari ini menggesa Pas agar tidak lepas tangan dan segera menyiasat perbuatan mencabul kanak-kanak tadika PASTI di bawah kelolaan mereka akan perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.

Pengerusi Majlis Belia Hulu Selangor, Zulkarnain A Hanit berkata sebagai golongan belia di kawasan ini pihaknya amat kecewa dan malu atas tindakan tersebut yang diibaratkan satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Manusia yang bertopengkan ‘binatang’ ini harus menjaga dan mendidik anak-anak kita khususnya anak-anak ahli mereka sendiri di PASTI tersebut, namun apa yang dikesalkan adalah mereka mengambil peluang untuk melakukan perkara-perkara jijik yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia yang waras.

“Justeru kit berharap agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini secara terperinci, seterusnya menjatuhkan hukuman yang  setimpal agar perkara sumbang ini tidak berlaku lagi di masa hadapan”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama tegas beliau pihaknya kesal dengan sikap sesetengah pihak yang lantang mendakwa memperjuangkan Islam, bertopengkan agama sedangkan perbuatan mereka cukup jijik dan memalukan.

Justeru beliau berkata pihaknya mahu pihak Pas untuk turun menyiasat serta memantau pergerakan dan aktiviti di pusat asuhan PASTI ini khususnya di Hulu Selangor agar perkara ini tidak berulang lagi.

“Kita tidak mahu selepas ini, ada lagi yang menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu songsang pentadbir mereka,” ujarnya.

Belaiu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa Pengerusi JKKK Kuala Kubu Bharu yang merupakan Setiausaha Pas Hulu Selangor disiasat pihak polis akibat dakwaan terlibat dalam kes mencabul pelajar-pelajar PASTI di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. -MediaUMNO

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SEPANG 10 Jan- Nampaknya kerajaan negeri Selangor masih tidak habis-habis mahu menimbulkan isu air di Selangor, sehingga mengheret sama rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam isu tersebut, ujar Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran.

Tambahnya, kerajaan negeri kini mula mengguna dan menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk `Kempen Tandatangan Selamatkan Air Selangor’ di pasar-pasar malam atau pasar-pasar tani bagi mendapatkan sokongan berkenaan isu air di Selangor.

“Saya yakin dan percaya, dalam hal ini, Kerajaan Negeri sebenarnya tahu bahawa mereka sudah tidak mampu untuk menanggung subsidi pemberian air percuma di Selangor. Itu belum lagi tuntutan bagi pengguna meter pukal yang masih lagi tidak pernah menikmati pemberian air percuma pada mereka.

Oleh itu mereka sedaya upaya cuba untuk menjadikan kelemahan mereka sebagai satu kesalahan pada kerajaan Barisan Nasional pula,” ujarnya kepada UMNO-Online bagi mengulas isu tersebut.

“Saya yakin janji-janji mereka sebelum PRU12 akan hanya tinggal janji. Saya turut yakin jika kerajaan negeri gagal untuk membeli Syabas, maka pemberian air percuma sebanyak 20m3 sebulan pasti akan tamat tidak lama lagi.

Kita juga rasa kecewa dengan gerakaan mereka menggunakan PBT untuk kempen tandatangan di pasar malam dan di pasar tani sedangkan lebih banyak kerja-kerja berfaedah lain boleh dibuat oleh PBT ini daripada melaksanakan agenda politik kerajaan negeri yang nampak begitu terdesak sekarang,” tambahnya lagi- MediaUMNO

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Shah Alam, 6 Jan- Pertubuhan 4 Justice melihat isu perlantikan SUK Selangor ini sebagai satu cara bagi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor membuktikan pada rakyat bahawa walaupun mereka tahu mereka tiada hak dalam perkara ini namun mereka tetap mahu mengheret sama rakyat untuk bersama menentang keputusan yang telah diistiharkan oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berpendapat bahawa kerajaan negeri dengan sengaja secara terus-menerus mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat dengan hasutan-hasutan yang bersifat dangkal.

“Ini semua untuk membuktikan bahawa mereka cuba memberikan keadilan pada pakatan rakyat yang kononnya telah dinafikan hak mereka.

Tetapi mereka juga lupa, mereka jugalah pakatan yang gagal menunaikan janji-janji manis mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, bukan sahaja di Selangor malah negeri-negeri yang sudah di bawah pentadbiran mereka semenjak pilihan raya umu ke 12 yang lalu,” ujarnya mengulas kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tambahnya, selepas 30 bulan memerintah beberapa buah negeri khususnya Selangor, banyak janji-janji mereka bukan sahaja gagal dilaksanakan, malah mereka juga boleh menjanjikan janji-janji manis yang baru demi mendapatkan semula sokongan rakyat yang semakin pudar kepada pakatan songsang ini.

“Sebagai contoh di Selangor, masalah tentang pemberian air pada mereka yang menggunakan meter pukal masih gagal dilakukan. Mereka gagal untuk memberi bantuan 20m3 air percuma kepada pengguna meter pukal.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice ingin mengajak rakyat Selangor, kini tiba masanya ‘Rakyat Bangkit’ kembali untuk menolak kerajaan dengan janji-janji palsu mereka, sekaligus membuktikan bahawa Rakyat Selangor sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin kerajaan hipokrit ini serta menyingkirkan mereka pada PRU13 kelak demi sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin dan memahami aspirasi rakyat yang sebenar,” ujarnya lagi.

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM, 5 Jan – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS,  Hamidzun Khairuddin berkata tindakan Abdul Khalid bersama beberapa barisan exco kerajaan negeri yang berterusan mempolemikkan isu pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mengundang rasa tidak puas hati rakyat hingga menyebabkan mereka kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri besar itu.

“Dan dengan itu kami mendesak  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco yang menyokong beliau iaitu Yaakop  Sapari, Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Rodziah Ismail dan Halimah Ali agar bukan berhenti mempolemikkan dan mempolitikkan isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK,  malah meletak jawatan dengan kadar segera” katanya.

(more…)