Archive for the ‘Ekskusif’ Category

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 27 Jan- Saya memohon pihak polis menyiasat segala kekayaan Azmin (Azmi Ali) dan Shamsidar Taharin yang melampaui batasan luar biasan di mana Azmin dengan relanya ‘melacurkan’ isterinya, Shamsidar Taharin kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, yang merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham-saham `pink form’ yang bernilai berjuta-juta ringgit (yang saya bawa dalam beg saya sebagai bukti untuk pihak polis bongkar kembali kes ini serta kemewahan wang ringgit yang bernilai berjuta-juta ringgit, dakwa Ummi Hafilda Ali, adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, bagi membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

“Jadi saya inginkan kebenaran supaya yang innocent, yang benar ditegakkan, yang batil itu dihancurkan, dileburkan dan mereka sewajarnya didakwa di mahkamah.  Saya rasa sudah tiba masanya saya membersihkan nama saya, saya rasa saya sudah cukup bersabar.

Selama 13 tahun saya telah diaibkan dengan begitu hina walaupun saya telah mengikut lunas-lunas Islam, saya telah memanggil suratkhabar satu ketika dulu, dan saya telah bersumpah laknat bahawa  saya tidak mempunyai apa-apa hubungan atau salah laku seks dengan ‘Baginda’ yang saya tidak kenaqli secara peribadi. Ini maruah diri saya yang saya akan bawa sampai akhir hayat diri saya,” ujarnya pada sidang media yang dibuat di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi.

(more…)

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Subang Jaya, 16 Jan – “Saya mendapat sokongan keluarga saya khususnya ibu saya walaupun dalam masa yang sama, beliau risau dengan keselamatan saya dengan niat saya untuk membuat pendedahan terbaru ini”, ujar Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tambahnya, tidak keterlaluan jika keadaan terpaksa, mungkin kakak-kakaknya akan muncul di mahkamah untuk menjadi saksi kepadanya untuk mendedahkan siapa Azmin yang sebenarnya.

“Azmin selalu mengambarkan saya dibuang keluarga, saya perempuan yang tidak bermoral, dan macam-macam fitnah dibuatnya, tetapi sebenarnya dialah yang membuang ahli keluarganya.

“Dialah yang sudah bertahun-tahun tidak bercakap dengan kakak-kakaknya. Dialah yang tidak  balik ke rumah ibu untuk beberapa tahun sampailah dia kena 18 bulan penjara kerana tipu di mahkamah, barulah dia terhegeh-hegeh balik minta ampun pada emak,” ujarnya Ummi ketika membuat pendedahan baru-baru ini.

Ummi turut meminta rakan media untuk bertanya sendiri pada Azmin, setahun yang lepas sebelum dia ke Mekah, apakah perkataan yang keluar dari mulut ibunya.

“Azmin, bertaubatlah. Shamsidar, bertaubatlah. Itu kata ibu saya dan Shamsidar mengiyakan, “okeylah mak, insya-Allah, Ida bertaubat”. Tetapi apabila ibu saya mengatakan pada Azmin, Azmin tengking balik ibu saya.

“Kenapa mak perlu dengar kata ‘perempuan sial itu’, maksudnya saya. Dia kata dia tidak perlu bertaubat, dia tidak mempunyai dosa. Dia masih angkuh pada keluarganya ketika itu,” katanya. -MediaUMNO

 

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 14 Jan – Selepas 13 tahun menyepi, akhirnya Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil untuk menegakkan kebenaran. Yang pasti, pengakuan dan pendedahan Ummi Hafilda semalam di Subang Jaya, pastinya memberikan tamparan hebat kepada Azmin Ali selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan Umi tentang kebenaran dan kesahihan hubungan intim Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

“Saya agak terkejut kerana kali ini Umi tampil membuat pendedahan yang cukup memberikan tamparan selain akan membuat tindakan menyaman semua individu yang terlibat dalam kes 1997 yang lalu. Dengan menyebut beberapa nama seperti Karpal Singh dan Mat Sabu, saya beranggapan kebenaran pasti akan bersama Ummi Hafilda kali ini.

Bukan niat saya untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sekiranya Ummi Hafilda bersalah, saya kira inilah masa untuk pakar-pakar  saman ini untuk membuat tindakan dengan melakukan saman terhadap Ummi Hafilda,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas pendedahan skandal seks Anwar-Shamsidar semalam.

Tambahnya, bukan setakat saman berjumlah RM700juta, malahan Ummi juga bersedia dan mencabar Anwar serta abangnya, Azmin untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut. Isu hubungan intim Anwar dan Shamsidar, satu isu yang cukup memberikan impak besar kepada senario politik negara, oleh itu Anwar dan Azmin wajar menyahut cabaran Ummi bagi memperjuangankan kebenaran yang sebenar.

Sehingga kini, jalan cerita ini hampir sama dengan kes tahun 1997. Cuma kelainannya apabila Ummi mendedahkan bagaimana Karpal Singh orang yang menerima ceritanya dulu, kini telah memihak kepada Anwar Ibrahim.

Begitu juga dengan Mat Sabu, orang yang bertanggungjawab mengelar Anwar Al-Juburi adalah orang yang bertanggungjawab dihantar oleh Pas untuk mengetahui aktiviti sonsang Anwar ini satu ketika dulu, kini beliaulah orang yang beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim.

”Saya amat berharap dengan pendedahan berani dan penuh bertanggungjawab ini, kebenaran akan dapat ditegakkan dan mana-mana individu yang boleh disabitkan untuk didakwa akan diadili di mahkamah.

Saya juga mendesak agar peguam, Karpal Singh digugurkan sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari. Karpal juga hendaknya dijadikan saksi bagi pendakwaan tersebut kerana beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau ada bercakap dalam Parlimen, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai peliwat pada tahun 1997,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau amat berharap agar pendedahan ini juga, rakyat akan dapat menilai sejauhmana ketelusan, keikhlasan dan kejujuran serta akhlak pemimpin pakatan pembangkang yang kononnya satu pakatan rakyat, seterusnya menolak kumpulan perosak rakyat ini dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

”Kumpulan perosak rakyat ini diibaratkan ’paku dulang, paku serpih mengata orang pakatan rakyat inilah yang lebih’. Jika dulu Anwar kata ’Lawan Tetap Lawan’, saya kira laungan itu akan tinggal kenangan kerana perjuangan Anwar atau slogan mereka kini ’Tanguh Tetap Tangguh’ didahulukan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO