Archive for the ‘Berita Pemuda UMNO Malaysia’ Category

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Saya tak terkejut dengan tindakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Gobalakrishnan meninggalkan PKR, kerana ianya memang telah dijangkakan. Sebenarnya dia  telah lama kecewa dengan kepimpinan PKR terutamanya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, ujar bekas Majlis Pimpinan Tertinggi dan Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Noor Adam.

Tambahnya, kekecewaan yang dirasai oleh Gobala turut dikongsi dengan ribuan penyokong PKR lain. Persoalannya yang sepatut dibangkitkan sebenarnya bukan kenapa mereka meninggalkan PKR, tetapi kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk meninggalkan PKR.

“Rata-rata pemimpin awal PKR seperti Gobala telahpun meninggalkan parti tersebut sebaik sahaja mereka memegang jawatan utama parti dan mengetahui tembelang sebenar pemimpin kanan PKR terutamanya Anwar. Kebanyakan mereka yang masih membabi buta menyokong Anwar terdiri daripada penyokong yang tidak dekat dengan Anwar.

(more…)

Advertisements

KUALA LUMPUR 3  Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ungku Salleh, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Selangor sebelum ini, Suhaimi Mohd Gazali yang memimpin Pemuda Selangor dengan baik  selama  hampir dua tahun.

Menurut beliau perubahan berkenaan hanya membabitkan Ketua Pemuda negeri, manakala barisan pegawai termasuk  Naib Ketua Pemuda negeri serta barisan jawatankuasa yang lain masih tidak berubah.

“Saya melihat kepada perkembangan terkini dan juga telah berbincang perkara ini dengan Suhaimi. Pergerakan Pemuda buat keputusan supaya diadakan perubahan sedikit dari segi  pimpinan ketua Pemuda negeri. Justeru  saya ambil kesempatan itu untuk cari seorang pemimpin yang dapat meneruskan kesinambungan dari segi kerja yang telah dibuat oleh Pemuda Selangor sebelum ini.

“Pelantikan Ungku Salleh tepat pada waktu dan masanya di mana ketika ini lebih tertumpu kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Saya harap rakan pemuda Selangor dapat terima baik keputusan ini dan memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang semakin hari semakin tempang.

“Pelantikan ini diharap akan memberi  ransangan gerak kerja selain dapat terus menyatupadukan Pemuda UMNO  Selangor.

“Saya telah minta supaya  Ketua Pemuda negeri adakan mesyuarat secepat mungkin serta  merangka strategi yang berterusan untuk memberi lebih penumpuan dan penekanan kepada persiapan pilihan raya umum nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada umno online  selepas menyerahkan surat perlantikan kepada Ungku Salleh Ungku Jamal, di pejabatnya, di sini hari ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Khairy menambah, mungkin akan berlaku beberapa perubahan di negeri lain selepas ini mengikut kesesuian masa dan keadaan.

“Permulaan di Selangor. Mungkin ada satu atau dua negeri lagi yang saya masih tengah pertimbangkan. Jadi saya harap kepada Ketua Pemuda negeri yang lain, bolehlah anggap bahawa kita sentiasa nilai kepimpinan bukan sahaja dari segi  prestasi tetapi  juga dari segi kesesuaian.

“Bukan yang diganti itu tidak menunjukkan prestasi yang tidak baik cuma kesesuain dan juga dari segi penekanan yang kita nak bagi kepada persiapan pilihan raya akan datang.

” Ini cuma perubahan. Dalam politik kita kadangkala perlu ada sedikit perubahan untuk memberi lebih penekanan kepada pendekatan yang lebih sesuai untuk masa kini dan sekiranya di peringkat atasan dah ada perubahan dari segi Pengerusi  Perhubungan, saya rasa tidak salah kalau kita buat perubahan di peringkat pemuda,” katanya.

Tegas Khairy lagi, apa yang dilaksanakan oleh Pemuda UMNO menunjukkan komitmen pergerakan itu dalam usaha membantu parti mencapai kejayaan.

“Ini adalah komitmen kita. Apa sahaja perubahan menunjukkan komitmen Pemuda dan  apa sahaja yang kita buat daripada sekarang  sampai kepada pilihan raya ianya mesti menjurus kepada pilihan raya termasuk usaha berterusuan untuk menang undi golongan muda.

“Dari segi KPI Pemuda, kita dah mencapai setiap daripada  KPI yang diberi kepada kita dari segi penambahan ahli, undi saluran muda dan sebagainya. Komitmen saya kepada Perdana Menteri,  selagi  kita masih belum sampai kemenangan pilihan raya kita akan kerja kuat, bertungkus lumus untuk pastikan kemenangan,” katanya.

Pemuda Barisan Nasional (BN) melihat  langkah  kerajaan Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu membuktikan mereka bukan sahaja  takut  malah mengiktiraf gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata sebagai parti yang sentiasa melaung-laungkan kebebasan bersuara, pembangkang tidak perlu meneruskan keputusan untuk mengharamkan penggunaan logo berkenaan.

“Kenapa perlu diharamkan, saya cabar pembangkang untuk menyatakan pendirian yang sebenar dan konsisten mengenai isu kebebasan bersuara ini. Saya harap pembangkang tidak hipokrit,” katanya.

Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.