“Roadshow”, Kempen 100,000 Tandatangan Bantah Guna Wang Rakyat

Posted: 02/10/2011 in Ketua Pemuda Selangor

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengumpul 100,000 tandatangan daripada penduduk negeri itu dalam tempoh terdekat bagi membantah keputusan kerajaan Selangor untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut.

Pengerusinya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata kutipan tandatangan itu akan diserahkan kepada Menteri besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap kerajaan negeri yang sewenang-wenagnya menggunakan wang rakyat untuk tujuan berkenaan.

Soal beliau kenapakah kerajaan negeri menanggung kos perundangan tersebut sedangkan banyak lagi penduduk di negeri terbabit yang memerlukan dan bantuan sewajarnya dan tindakan tersebut jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan kroni berbanding rakyat bawahan.

“Kita akan adakan “roadshow” seluruh negeri dan percaya ini akan memberi ruang kepada rakyat menyatakan bantahan mereka terhadap tindak-tanduk kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid yang sewenang-wenangnya menggunakan hak rakyat untuk kepentingan mereka.

“Selepas mendapat kutipan berkenaan, kita akan hantar bantahan secara rasmi kepada Tan Sri Khalid agar beliau menimbang dan menilai semula keputusan untuk menanggung kos perundangan berkenaan yang disifatkan sebagai satu pembaziran harta rakyat,” katanya.

Pada 4 Februari lalu, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu, Kerajaan PKR Selangor akan memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi yang didakwa atas tuduhan menghasut.

ADUN Sri Muda itu yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Kota Raja dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya membidas sikap kerajaan Selangor yang tidak seiring dengan apa yang dijanjikan iaitu untuk mengutamakan kepentingan rakyat di dalam pentadbiran.

“Dulu janji macam-macam cakap untuk jaga kebajikan rakyat tetapi hari ini apa dah jadi. Itu adalah duit rakyat..kenapa mereka dengan rakus membuat keputusan tersebut. Ke mana hilangnya janji manis yang ditabur di seluruh ceruk Selangor.

“Kalau begini berterusan rakyat pun berhak dan kerajaan negeri jangan pilih bulu. Apabila melibatkan wakil rakyat ianya ditanggung sedangkan ramai lagi rakyat yang susah serta memerlukan khidmat guaman tetapi kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid tidak ambil peduli,“ katanya. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s