Demi Kuasa Institusi Raja Diperjudikan – Lokman Noor Adam

Posted: 02/07/2011 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 7 Februari – Secara peribadi saya sangat terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie kerana saya mengenali beliau agak lama dan watak beliau sebelum ini sebenarnya agar lembut dan pendiam.  Malah ketika saya bersama KeADILan dahulu, tidak pernahpun kita mendengar mana-mana pemimpin KeADILan mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan atau berbaur hasutan terhadap institusi di Raja, ujar mantan Majlis Pimpinan Tertinggi dan Setiausaha Pemuda KeADILan, Lokman Noor Adam.

Tambahnya, sungguhpun gelombang Reformasi dan simpati terhadap Anwar begitu kuat pada tahun 1999, namun disebabkan rata-rata pemimpin muda yang menerajui KeADILan adalah bekas UMNO yang masih tebal semangat Agama, Bangsa dan Negaranya, maka KeADILan gagal mendapat sokongan bukan Melayu.

“Walau bagaimanapun, kaedah pendekatan KeADILan berubah setelah KeADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang berhaluan kiri untuk membentuk PKR dan setelah Anwar dibebaskan.

Anwar tahu bahawa jika PKR terus memperjuangkan nasib orang Melayu, rakyat tahu bahawa UMNOlah juara mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputra. Justeru itu, Anwar menukar strategi pendekatan PKR dengan cuba menjadikan PKR parti yang lebih Cina dari MCA dan lebih India daripada MIC,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Malangnya strategi Anwar ini hanya berjaya meyakinkan pengundi India dan Cina sebelum PRU12 sahaja.  Selepas mereka berjaya memerintah di Selangor khususnya, orang India kini semakin sedar bahawa apa yang Anwar perkatakan hanyalah retorik semata-mata.

Akibat daripada ketundukkan PKR dan PAS kepada DAP, pakatan pembangkang kini lebih dilihat memperjuangkan nasib kaum Cina.  Kesan daripada perkara ini, kita boleh lihat dengan jelas bagaimana pengundi Melayu dan India kembali menyokong BN dengan begitu ketara sekali.

Demi untuk mendapatkan sokongan pengundi India dan Cina, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri. Bermula dengan mengakui anak India dan anak Cina sebagai anaknya, menawarkan jawatan TPM kepada India dan Cina jika dia jadi PM, membenarkan pengggunaan Khalimah Allah untuk merujuk nama Jesus dan pelbagai strateginya yang boleh disifatkan sanggup menggadaikan agama, bangsa dan negara demi mencapai cita-cita politiknya.

“Aksi terdesak Anwar dan kuncu-kuncunya kini sudah berada ditahap paling parah. Kini demi meyakinkan pengundi bukan Melayu akan keberanian mereka, Institusi Di Raja pula sanggup dihina, diugut dan dicerca.

Saya cukup tidak faham mengapa tergamak ‘Melayu’ ini menderhaka kepada Sultannya. Bukankah Melayu itu sinonim dengan taat setia kepada raja sejak dahulu kala? Sungguhpun umum faham akan hakikat perjuangan matlamat menghalalkan cara PKR, namun tiada siapa menduga mereka boleh pergi sejauh ini.  Jika baru memerintah Selangor mereka sudah berani mengugut Sultan Selangor, cuba kita bayangkan apa yg akan terjadi bila mereka memegang tampuk pemerintahan negara? Alamat jadi Republik Rakyat Malaysialah kita,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas kes yang sedang dihadapi ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie  yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s