BN Menang Kerana BN Parti Yang Berjuang Untuk Rakyat

Posted: 01/31/2011 in Khabar dari Pemuda Bahagian, NGO Selangor

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Lumpur, 31 Jan- Kemenangan calon Barisan Nasional, Mohd Azhar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenang serta peningkatan undi kepada BN semalam merupakan satu sokongan moral kepada BN dan UMNO.

Presiden Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, kejayaan manis BN ini juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpegang pada janjinya, bahawa calon yang akan ditampilkan oleh BN adalah calon dari akar umbi yang diterima oleh rakyat, selain mereka sudah melihat sendiri sandiwara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang gagal dalam menterjemahkan janji manifesto pilihanraya mereka yang yang.

“Dalam masa yang sama, sokongan orang muda yang telah kembali memberikan sokongan kepada BN menunjukkan BN telah berjaya dirakyatkan.

Bilangan  tambahan majoriti walaupun tidak mencapai sasaran yang dikehendaki oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi dengan peningkatan ini telah menunjukkan rakyat masih tetap yakin dengan UMNO dan Barisan Nasional selain masih berharap agar pucuk pimpinan parti terus melakukan perubahan yang lebih drastic melalui kerja-kerja yang lebih memasyarakatkan parti,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang.

Ujarnya, kerjasama berpasukan dan komitmen semua pimpinan parti kompenan dapat dirasai dan menunjukkan BN kota apa yang dikata. Pilihanraya semalam juga menempa sejarah apabila dalam kesibukan untuk membawa pengundi keluar mengundi, jentera BN juga terpaksa membantu masyarakat di Tenang yang terlibat dalam banjir yang berlaku semalam.

“Ini juga menunjukkan bahawa BN sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat. Selain mengajak mereka keluar mengundi, kita turut membantu mereka” yang terlibat dalam bencana banjir ini tidak seperti jentera parti pembangkang, yang sudah lari awal-awal lagi apabila keadaan semakin buruk, sikap yang jauh sama sekali dengan apa yang mereka laung-laungkan ketika berkempen.

Tidak lama lagi, kita juga akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil. PRK Dun Merlimau juga akan menjadi satu lagi ukuran buat kerajaan BN untuk melihat kebangkitan sokongan rakyat untuk BN kembali menjadi kerajaan  yang terus utuh dan kerajaan yang adil buat semua rakyat, tambahnya lagi.

Kegagalan pakatan  pembangkang ini sudah dapat dilihat semenjak merek menguasai beberapa negeri serta menyekat BN mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Namun ianya menjadi satu hikmah apabila selepas kemenangan mereka, pembohongan demi pembohongan terus dilakukan oleh pemimpin mereka yang diketuai Anwar Ibrahim.

Selepas gagal melunaskan janji merampas Putrajaya pada 16 September 2008, mereka dihukum dengan keluarnya satu persatu wakil rakyat, pemimpin dan ahli-ahli mereka. Yang terbaru, keluarnya Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrisnan membuktikan bahawa barah yang semakin parah sedang melanda PKR.

“BN tidak harus leka dengan kemusnahan PKR ini, sebaliknya terus menjadi nadi rakyat, memahami dan berusaha menyelesaikan masalah yang dialami rakyat.

Insya-Allah, kalau semua jentera BN dan pimpinan BN di peringat akar umbi dapat memahami dan menyelami aspirasi rakyat, tidak mustahil BN akan kembali di hati rakyat, bukan sahaja akan memenangani PRU13 malah BN akan dapat menguasai semula 2/3 majoriti parlimen selain merampas kembali beberapa buah negeri yang telah terlepas ke tangan pembangkang pada PRU ke12 yang lalu,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online bagi mengulas kejayaan BN di PRK Dun Tenang, semalam.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s