NGO desak Menteri Besar pecat Ronnie Liu

Posted: 01/17/2011 in NGO Selangor

(Artikel dari Utusan Malaysia, pg 15, 16 Januari 2011)

SHAH ALAM 15 Jan. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu daripada jawatan Exco selepas wakil rakyat itu mempertikaikan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, Ronnie tidak layak untuk memegang jawatan itu kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat terutama umat Islam di negeri ini.

“Sudah tiba masanya Ronnie dipecat daripada jawatan Exco kerajaan negeri kerana beliau terbukti merupakan seorang pemimpin yang biadab serta tidak menghormati umat Islam di Selangor.

“Ini terbukti apabila beliau mengatakan udang-undang syariah yang melarang umat Islam bekerja di premis arak sebagai tidak praktikal.

“Ia jelas menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Faizal turut memberi amaran kepada Ronnie supaya wakil rakyat itu tidak terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menaikkan api kemarahan umat Islam di negara ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, kenyataan Ronnie menunjukkan sikap sebenar wakil rakyat itu yang akan melakukan apa saja hingga sanggup mengeluarkan kenyataan mengugut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merupakan badan pelaksana Enakmen Jenayah Syariah negeri.

“Tindakan Ronnie itu membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak telus apabila wakil rakyatnya bebas campur tangan dalam tadbir urus .

“Ronnie perlu sedar bahawa pentadbiran negeri Selangor tidak boleh bercanggah dengan undang-undang Islam di negeri ini,” katanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s