Majlis Belia Mahu Pas Pastikan Kanak-kanak PASTI Tidak Dicabul Lagi

Posted: 01/13/2011 in NGO Selangor

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 13 Jan – Majlis Belia Hulu Selangor hari ini menggesa Pas agar tidak lepas tangan dan segera menyiasat perbuatan mencabul kanak-kanak tadika PASTI di bawah kelolaan mereka akan perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.

Pengerusi Majlis Belia Hulu Selangor, Zulkarnain A Hanit berkata sebagai golongan belia di kawasan ini pihaknya amat kecewa dan malu atas tindakan tersebut yang diibaratkan satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Manusia yang bertopengkan ‘binatang’ ini harus menjaga dan mendidik anak-anak kita khususnya anak-anak ahli mereka sendiri di PASTI tersebut, namun apa yang dikesalkan adalah mereka mengambil peluang untuk melakukan perkara-perkara jijik yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia yang waras.

“Justeru kit berharap agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini secara terperinci, seterusnya menjatuhkan hukuman yang  setimpal agar perkara sumbang ini tidak berlaku lagi di masa hadapan”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama tegas beliau pihaknya kesal dengan sikap sesetengah pihak yang lantang mendakwa memperjuangkan Islam, bertopengkan agama sedangkan perbuatan mereka cukup jijik dan memalukan.

Justeru beliau berkata pihaknya mahu pihak Pas untuk turun menyiasat serta memantau pergerakan dan aktiviti di pusat asuhan PASTI ini khususnya di Hulu Selangor agar perkara ini tidak berulang lagi.

“Kita tidak mahu selepas ini, ada lagi yang menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu songsang pentadbir mereka,” ujarnya.

Belaiu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa Pengerusi JKKK Kuala Kubu Bharu yang merupakan Setiausaha Pas Hulu Selangor disiasat pihak polis akibat dakwaan terlibat dalam kes mencabul pelajar-pelajar PASTI di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. -MediaUMNO

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s