Khairy Serah Surat Rasmi “Pelawa” Anwar Debat

Posted: 01/13/2011 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR 13 JAN – Pemuda UMNO hari ini secara rasmi menyerahkan surat jemputan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  apa yang dibangkitkan oleh Ketua umum PKR itu khususnya perbelanjaan bagi menjayakan program 100 hari pakatan pembangkang.

Surat berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat  Firdouz  Tan Sri Megat Junid dan Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Datuk Seri Reezal dan Datuk Megat Firdouz tiba kira-kira pada jam 10.35 pagi dengan beberapa ahli untuk menyerahkan surat berkenaan.

Mereka keluar dari pejabat itu, lima minit kemudian dan memaklumkan bahawa surat tersebut telah diterima oleh kakitangan pejabat Anwar.

Megat Firdouz ketika ditemui berkata pihaknya berharap Anwar akan menyahut cabaran berdebat yang dikemukakan oleh Khairy secepat mungkin.

“Hari ini kita telah menyerahkan surat rasmi untuk mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat untuk memberi penjelasan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini. Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak.

“Atas nama demokrasi dan untuk tahu rancangan mereka yang sebenar terimalah pelawaan dan sahutlah pelawaan kami  untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak jelaskan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah,” katanya.

Megat Firdouz seterusnya menambah pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.

“Tarikh, tempat dan sebagainya kita akan bincang kemudian kerana yang penting adalah persetujuan daripada Anwar. Dan jika Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan soal selanjutnya,” katanya.

Semalam, Khairy sekali lagi menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung apa yang dibangkitkan oleh Ketua umum PKR itu khususnya perbelanjaan bagi menjayakan program 100 hari pakatan pembangkang

Menurut beliau debat berkenaan bukannya soal antara wakil rasmi kerajaan dengan pembangkang tetapi ianya adalah antara Ahli Parlimen bagi membincangkan soal ekonomi yang merupakan agenda penting negara.

Beberapa hari lalu,  Anwar mencabar Najib supaya berdebat bagi mempertahankan program pembaharuan 100 hari itu yang didakwa BN akan mengheret negara ke arah kehancuran seperti Greece jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Khairy adalah yang pertama memberikan reaksi apabila Anwar melontarkan cabaran berdebat itu dengan membalasnya di Twitter. -MediaUMNO

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s