Mereka Yang Sedap-Sedap, Jangan Nak Kaitkan UMNO Pula….- Pemuda Hulu Selangor

Posted: 01/11/2011 in Khabar dari Pemuda Bahagian

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Batang Kali, 11 Jan- Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor mencabar Pas Hulu Selangor membuktikan penglibatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana ketika timbul desas-desus mengatakan Pengerusi JKKK Kuala Kubu Bharu yang merupakan Setiausaha Pas Hulu Selangor disiasat pihak polis akibat didakwa terlibat dalam kes mencabul pelajar-pelajar PASTI di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini, mereka menuduh ini angkara UMNO dan BN yang sengaja membuat fitnah dan mahu memburukkan nama Pas Hulu Selangor, ujar Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim.

Tambahnya, mereka jangan mengelakkan diri atau menutup kesilapan mereka dengan menjadikan UMNO sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes tersebut. Mereka juga perlu rasional dan bersedia membuat laporan polis bagi menjernihkan keadaan mereka. Kita juga tidak mahu maruah SU Pas tesebut menjadi perbualan orang.

“Betul atau tidak biarlah pihak berkuasa menentukan. Kita tidak mahu campur urusan mereka tapi apa yang pasti isu ini kita tidak mahu terjadi seperti mana dakwaan kes tangkapan khalwat ADUN Selising yang didedahkan oleh ustaz .

Ke mana hilangnya taring-taring pemimpin Pas yang selama ini menjuarai isu-isu dakwaan salahlaku pemimpin UMNO seperti yang terbaru, kes dakwaan Datuk Seri Rais Yatim. Tapi bila terkena batang hidung sendiri. Sunyi sepi seperti tiada apa yang berlaku. Mana panglima-panglima mereka,” ujarnya mengulas isu dakwaan mencabul kanak-kanak yang dihadapi Setiausaha Pas Hulu Selangor.

Bak kata pepatah bangkai gajah ditutup dengan apapun, tetap  akan berbau juga akhirnya.

“Kita sedih kerana bertopengkan agama tapi realitinya, mereka gagal kawal diri mereka sendiri. Jika sebelum ini, wujud dakwaan melibatkan isteri orang dalam dakwaan kes ADUN Selising, kini kita kecewa anak-anak kecil turut menjadi mangsa nafsu serakah mereka yang bertopengkan agama selama ini,” tambahnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s