Jangan Terlompat Isu “Interlok”, Jawab Dulu Isu Panggilan “Pariah” Azmin

Posted: 01/11/2011 in Minda Ketua Penerangan Pemuda Selangor

Oleh: Ku Azman Ku Abas

KUALA LUMPUR  11 JAN – Pemimpin pakatan pembangkang diselar kerana mengamalkan perjuangan politik terpilih dan dua kasta berhubung perjuangan membela kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sikap pembelaan terpilih dan dua kasta pakatan pembangkang ini terserlah apabila isu panggilan “pariah” oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada satu ketika dahulu tidak diendahkan.

Tegas beliau kenapakah terdapat perbezaan perjuangan dalam isu berkenaan sedangkan panggilan “pariah“ tidak sepatutnya diungkapkan kepada mana-mana pihak yang berketurunan India di negara ini.

“Bukankah panggilan ‘pariah’  itu merupakan satu penggilan yang tidak sepatutnya dan merupakan satu penghinaan yang tidak sepatutnya diluahkan oleh mana-mana individu apatah lagi seorang pemimpin tertinggi di dalam PKR.

“Begitu juga dalam isu terbaru yang melibatkan Adun Komtar, Ng Wei Aik berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat serta berbau perkauman ketika operasi penyitaan di salah sebuah kedai makan di Pulau Pinang baru-baru ini. Di mana pemimpin pembangkangyang ghairah dalam isu novel Interlok hari ini,”  katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas tindak tanduk pimpinan pembangkang  berhubung isu novel Interlok.

Safarizul yang juga Ketua Pemuda Ampang seterusnya menambah, apa yang berlaku hari ini menunjukkan pembangkang hanya menjuarai isu yang boleh menguntungkan mereka dan bukannya berjuang atas paksi kebenaran.

“Inilah gelagat politik murahan parti pembangkang yang hanya ingin mengaut untung politik semata-mata. Mereka sebenarnya tidak ikhlas berjuang untuk semua kaum.

“Jika mereka ikhlas, sudah pastinya isu panggilan “pariah” oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan apa yang dilakukan oleh Adun Komtar baru-baru ini akan mendapat reaksi segera daripada mereka.

“Cuba bayangkan kalau perkara berkenaan tersasul oleh kepimpinan BN, maka berduyun-duyunlah kepimpinan pembangkang melompat-lompat dan terjerit-jerit kononnya merekalah pejuang semua kaum,“ katanya. -MediaUMNO

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s