Tunaikan Janji Pilihanraya Sebelum Ajak Rakyat Tentang Perlantikan SUK Selangor

Posted: 01/06/2011 in NGO Selangor

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Shah Alam, 6 Jan- Pertubuhan 4 Justice melihat isu perlantikan SUK Selangor ini sebagai satu cara bagi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor membuktikan pada rakyat bahawa walaupun mereka tahu mereka tiada hak dalam perkara ini namun mereka tetap mahu mengheret sama rakyat untuk bersama menentang keputusan yang telah diistiharkan oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berpendapat bahawa kerajaan negeri dengan sengaja secara terus-menerus mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat dengan hasutan-hasutan yang bersifat dangkal.

“Ini semua untuk membuktikan bahawa mereka cuba memberikan keadilan pada pakatan rakyat yang kononnya telah dinafikan hak mereka.

Tetapi mereka juga lupa, mereka jugalah pakatan yang gagal menunaikan janji-janji manis mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, bukan sahaja di Selangor malah negeri-negeri yang sudah di bawah pentadbiran mereka semenjak pilihan raya umu ke 12 yang lalu,” ujarnya mengulas kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tambahnya, selepas 30 bulan memerintah beberapa buah negeri khususnya Selangor, banyak janji-janji mereka bukan sahaja gagal dilaksanakan, malah mereka juga boleh menjanjikan janji-janji manis yang baru demi mendapatkan semula sokongan rakyat yang semakin pudar kepada pakatan songsang ini.

“Sebagai contoh di Selangor, masalah tentang pemberian air pada mereka yang menggunakan meter pukal masih gagal dilakukan. Mereka gagal untuk memberi bantuan 20m3 air percuma kepada pengguna meter pukal.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice ingin mengajak rakyat Selangor, kini tiba masanya ‘Rakyat Bangkit’ kembali untuk menolak kerajaan dengan janji-janji palsu mereka, sekaligus membuktikan bahawa Rakyat Selangor sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin kerajaan hipokrit ini serta menyingkirkan mereka pada PRU13 kelak demi sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin dan memahami aspirasi rakyat yang sebenar,” ujarnya lagi.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s