Ungku Salleh Ikrar Gembleng Tenaga, Bergerak Agresif

Posted: 01/04/2011 in Ketua Pemuda Selangor

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ketua Pemuda UMNO Selangor yang baru, Ungku Salleh Ungku Jamal hari ini meminta seluruh barisan Pemuda UMNO negeri itu untuk  berganding bahu dan mengembleng seluruh tenaga dalam usaha usaha memberi tekanan berterusan  kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PKR.

Beliau berkata, pelantikan sebagai Ketua Pemuda Negeri merupakan satu tugas serta  tanggungjawab yang berat dan sewajarnya memerlukan bantuan serta kerjasama daripada seluruh kepimpinan Pemuda negeri untuk bergerak dengan lebih agresif selepas ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin serta Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalannya, Datuk Seri Noh Omar atas kepercayaan yang diberi hari ini.

“Saya bertekad untuk melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Sekalung penghargaan kepada Suhaimi Ghazali yang telah memimpin dengan baik  Pemuda UMNO Selangor sebelum ini. Kita akan teruskan dengan segala perancangan serta pelaksanaan yang telah dibuat oleh beliau sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima surat pelantikan daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, di pejabatnya, di sini, hari ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dalam usaha merencana segala strategi dan pelaksaanaan bagi memberi tekanan yang lebih kepada kerajaan negeri selepas ini.

“Sebenarnya  Pemuda Selangor sebelum ini  telah memulakan gerakan ini dan kita akan terus tingkatkan usaha untuk mendepani pakatan pembangkang yang kita lihat hari ini rata-rata sudah mula dicemuh oleh rakyat kerana rakyat sudah tahu dan sedar propadaganda serta tipu muslihat pakatan pembangkang.

“Pemuda sebagai sayap kanan dalam parti di peringkat negeri, akan terus mendesak kerajaan negeri untuk buat sesuatu yang dijanjikan semasa kemenangan mereka pada pilihan raya umum yang lalu. Kita lihat banyak isu-isu yang akan dibawa untuk menggoncang kerajaan negeri selepas ini,” katanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s