Imarah Masjid, Surau Biarlah Beradab

Posted: 01/04/2011 in Minda Ketua Penerangan Pemuda Selangor

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Keghairahan pimpinan pembangkang khususnya pimpinan DAP untuk “mengimarahkan” masjid serta surau di Selangor dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sewajarnya perlu mengikut adab dan budaya masyarakat Islam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata mereka perlu menghormati apa tatacara yang telah dikethaui umum seperti menutup aurat dan sebagainya bagi mengelakkan apa yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Serdang, Teo Ning Ching berulang.

Soal beliau bagaimanakah perasaan kaum lain seandainya mana-mana pihak yang mengadakan program dan sebagainya di rumah ibadat mereka tidak mematuhi tatacara serta adab ketika berada di rumah ibadat berkenaan.

“Kita tidak sedikit pun marah dengan pelbagai program yang diadakan di kawasan sekitar majis dan surau malah kita amat mengalu-alukan kerana ianya memupuk semangat permuafakatan dan sebagainya.

“Namun apa yang kisa kesal dan pertikaikan, kenapakah pemimpin pembangkang hari ini tanpa segan silu tidak menghormati adab ketika berada di kawasan ibadat umat Islam. Mereka nak buat pelbagai jenis senaman dan jika sanggup adakan sampai ke pagi pun kita tidak kisah. Janji ikutlah adab dan tatasusila kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP yang didakwa masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong baru-baru ini dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut.

Menurut Nie Ching dalam blognya di http://www.wretch.cc/blog/teonieching, acara senamrobik tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Safarizul yang juga Ketua Pemuda Ampang seterusnya meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO agar berwaspada dan berhati-hati dengan taktik licik pemimpin pembangkang yang sudah pasti akan menggunakan modus operandi yang sama selepas ini bagi menunjukkan UMNO lebih eksterm dalam soal agama.

Dengan cara itu katanya, sokongan bukan Melayu akan hilang sekaligus menjayakan matlamat mereka untuk  memastikan populariti BN yang semakin meningkat hari ini jatuh merundum menjelang pilihan raya umum nanti.

“Salah astu aspek saya memikirkan ke arah itu. Mungkin mereka akan cuba mencetuskan pelbagai kontroversi  dalam bab-bab agama selepas ini bagi mengheret pemimpin UMNO untuk mengecam dan sebagainya dengan tujuan seperti yang saya katakan tadi.

“Justeru saya amat berharap kita perlu berhati-hati dengan tindak tanduk pemimpin pembangkang yang sanggup memperalatkan apa sahaja demi mencapai kemenangan pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s