Episod Nizar “Sembah Derhaka“ DiLakonkan Semula Di Selangor!

Posted: 12/29/2010 in Minda Ketua Penerangan Pemuda Selangor

KUALA LUMPUR 28 Dis – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan agar tidak menjadikan peristiwa “patik sembah derhaka” oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sejurus pilihan raya umum yang lalu sebagai panduan dalam menangani kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) yang baru.

Ketua Penerangan  Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa berkata perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam negeri (JAIS) Datuk  Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru sewajarnya dihormati oleh kerajaan pakatan pembangkang berkenaan.

Ini kerana perlantikan Datuk Khusrin telah mendapat restu DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan seharusnya Tan Sri Khalid menghormati keputusan berkenaan tanpa sebarang prejudis dan buruk sangka demi kepentingan rakyat dan negeri Selangor itu sendiri.

“Apakah peristiwa “patik sembah derhaka” bakal diulangi oleh Khalid. Jangalah jadikan Nizar sebagai “mentor“ dalam soal ini dan jangalah jadi pemimpin Melayu terlampau kerana kuasa dan kepentingan politik semata-mata.

“Lihatlah perlantikan berkenaan secara positif dan bukannya terus hentam semborono gara-gara takut dengan bayang-bayang sendiri. Jangan jadi sebuah kerajaan yang gundah gulana dan sebuah kerajaan negeri yang hanya mengutamakan politik kepartian semata-mata,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar hari ini yang memaklumkan pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad kerana Abdul Khalid tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataaan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Janurai ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Safarizul seterusnya menegaskan, mempertikaikan apa yang telah dipersetujui oleh Sultan adalah satu perbuatan yang biadap dan memalukan.

Tegas beliau kenapakah Tan Sri Khalid sanggup berbuat demikian sedangkan kepentingan utama adalah kepentingan rakyat serta negeri dan bukannya kuasa semata-mata.

“Apa yang kita harapkan pristiwa yang mencemar institusi kesulatanan sepertimana yang berlalau di Perak tidak berulang. Jangan sampai penyokong mereka berbaring di tengah jalan lagi semata-mata kepentingan nafsu serakah politik. Ingat Sembah Derhaka Ingat Pembangkang,“ katanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s