Sejauh Mana Kita Melangkah Meninggalkan Muzium, Namun Kita Tidak Boleh Tinggalkan Sejarah Di Dalamnya –Safarizul

Posted: 10/29/2010 in Uncategorized

“Sejauh mana kita melangkah jauh meninggalkan muzium, namun kita tetap tidak dapat meninggalkan SEJARAH yg ada didalamnya” begitu rapat antara hubungan sejarah dgn kehidupan manusia, ujar Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

Sejarah juga menjadi panduan dan pedoman bagi setiap manusia dan tamadunnya bagi  mengatur serta menyusun langkah kehadapan yang lebih baik. Sering juga kita mendengar ungkapan orang bijak pandai yang mengatakan bahawa mana mana  bangsa yang tidak belajar dari sejarah bangsanya nescaya ia akan dihukum oleh kesilapan sejarah yang pernah dilakukannya.

“Dalam konteks ini apa yang telah diutarakan oleh Presiden UMNO dalam perhimpunan Agong yang lepas, ia seharusnya dilihat sebagai satu tindakan yang bertepatan dalam sebuah negara yang dihuni oleh berbagai bangsa, kaum, etnik dan fahaman agama ini kerana kalau susur galur sejarah kita tidak dihayati, dipelajari dengan baik dikhuatiri kelak boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Sekiranya sejarah itu dipelajari dan dihayati dengan baik saya yakin dan percaya bahawa setiap individu dan masyarakat dalam negara ini akan lebih saling menghormati antara satu sama lain kerana sejarah negara ini terlalu tinggi nilai sentimentalnya berbanding dengan mana mana sejarah negara lain,” ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Seharusnya DAP tidak perlu mempolitikan tentang isu cadangan yang telah dikemukan oleh kerajaan kerana kita bercakap tentang “fakta” dan bukan tentang “auta” dan kerajaan tidak perlu tunduk atau merujuk tentang apa jua bentuk tekanan oleh pembangkang yang sering menentang bila mana sesuatu perkara yang dilihat tidak menguntungkan mereka walaupun perkara tersebut adalah perkara yang benar dan memberi kebaikan kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussin berkata, sebahagian besar rakyat di Negara ini menyokong tindakan kerajaan untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai salah satu subek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 terdapat juga golongan yang juga merupakan warganegara Malaysia yang menolak tindakan tersebut secara terang-terangan.

Sikap pemimpin DAP yang sentiasa mempunyai pemikiran sempit dan buruk sangka dilihat terlalu takut dengan perlaksanaan tersebut. Mereka seharusnya sedar bahawa sejarah merupakan fakta yang jelas dan tepat bagi memberi pemahaman kepada seluruh rakyat Malaysia khsusnya kepada golongan muda dan generasi akan datang.

“DAP cuba untuk mempolitikkan isu tersebut yang seharusnya sejarah menjadi teras jatidiri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Tiada siapa boleh menafikan rentetan sejarah yang berlaku di Negara ini terutamanya dalam usaha mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia dimana Melayu, Cina dan India memainkan watak penting dalam mempelopori perjuangan ke arah itu.

Apa yang kita maklum, dalam perjalanan sejarah Negara Malaysia, parti DAP sebenarnya tidak memainkan peranan dan terlibat dalam apa juga perjuangan kerana mereka hanya menjaga kepentingan politik mereka sahaja sehingga hari ini. Mereka takut rakyat terutamanya golongan muda mengetahui bahawa DAP  sebenarnya mengamalkan politik sempit dan tidak mempunyai apa-apa jasa kepada Rakyat dan Negara sejak ditubuhkan,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Kita meminta pemimpin-pemimpin DAP perlu mengamalkan sikap yang lebih terbuka dan buangkan kerisauan yang ada dalam hati mereka berhubung isu tersebut. Jika mereka mengaku sebagai rakyat Malaysia mereka seharusnya bukan sahaja menyokong malah menghayati sejarah yang berlaku di Negara ini tanpa adanya perasaan buruk sangka.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s