PENYATUAN MELAYU: UMNO BELUM GILA UNTUK DIBUBARKAN DEMI SERTAI PAS

Posted: 09/30/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Sungguhpun UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka terhadap usaha untuk menyatu-padukan orang Melayu, namun pemimpin dan ahli-ahli UMNO di segenap lapisan masih waras dan belum gila untuk membubarkan UMNO dan menyertai Pas, ujar EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam.

“Seperti yang kita sedia maklum, UMNO sebagai sebuah parti yang besar dalam senario yang paling teruk pun, UMNO masih memenangi 78 kerusi Parlimen sedangkan Pas yang berada dalam keadaan yang terbaik pun , mereka hanya menang 22 kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Jika boleh berikan perumpaan, Pas ibarat cawan yang yang diisi separuh air manakala UMNO ibarat sebuah jug yang juga diisi dengan separuh air di dalamnya. Kalau isi cawan itu dimasukkan ke dalam jug tersebut, ianya masih boleh diisi dalam jug tersebut tetapi adalah tidak munasabah, jika isi jug tersebut hendak di masukkan ke dalam cawan tersebut,” ujar Lokman ketika dihubungi UMNO-Online bagi mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengajak UMNO menyertai Pas sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Tambahnya, beliau amat terkejut dengan pandangan tersebut, dan ia jelas membuktikan bahawa kewarasan pandangan Mursyidul Am Pas tersebut memang wajar diragui.

“Kenyataan Nik Aziz hari ini hanyalah sekadar kenyataan ‘Melayu Galas’ kerana kenyataan beliau sebelum ini, beliau tidak bangga menjadi orang Melayu. Malangnya bila bakal terjadi Pilihan Raya Kecil DUN Galas, beliau tiba-tiba bercakap tentang penyatuan Melayu.

Saya yakin selepas kekalahan Pas di Galas nanti, Nik Aziz akan meneruskan usaha untuk memancing undi bukan Melayu dengan mengadaikan perjuangan Islam yang selama ini dibawa oleh Pas,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Unit Pidato dan Pengucapan Awam  Pemuda UMNO Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk menyokong cadangan pelaksanaan undang-undang kanun acara jenayah Islam yang disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan At Tantawi  baru-baru ini.

Beliau harus pastikan Ahli-Ahli Parlimen dari Pas akan mengusulkan pelaksaan undang-undang tersebut dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Saya yakin dan percaya bahawa Pas sendiri tidak berani bangkitkan perjuangan mereka untuk laksanakan Hudud kerana takut hubungannya dengan Dap terjejas. Bagaimana Pas nak ambil alih peranan UMNO dan menjadi satu-satunya parti Melayu sedangkan mereka sendiri terpaksa tunduk dengan perintah dan arahan Dap,” tambahnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s