Kronisme Dan Nepotisme Dalam PKR Sudah Terang Lagi Bersuluh-Razali

Posted: 09/29/2010 in Uncategorized

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa “menjilat ludahnya”  kembali sekaligus memalukan parti terbabit yang kononnya melaung-laungkan memperjuangkan demokrasi sebenar.

Menurut beliau, tindak-tanduk Anwar yang selama ini galak melemparkan tuduhan liar terhadap UMNO dalam isu-isu kronisme dan nepotisme  nampaknya terpalit ke muka beliau sendiri setelah berlaku huru-hara dan kekecohan di dalam pemilihan cabang baru-baru ini.

“Anwar selama ini galak melemparkan tuduhan sedemikian kepada kita tetapi huru hara yang berlaku pada pemilihan cabang membuktikan PKR penuh dengan penyelewengan.

“Selama ini Anwar tuduh pemilihan UMNO tidak demokrastik, tetapi hari ini jelas mereka lebih teruk dan saya difahamkan berlaku politik wang dalam pemilihan peringkat cabang selain nepotisme dan kronisme yang umpama “sudah terang lagi bersuluh,” katanya.

Proses pemilihan peringkat cabang PKR mengalami kekecohan apabila terdapat pertelingkahan antara pemimpin dan ahli parti itu di tujuh cabang melibatkan Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat di Selangor selain Jerai dan Merbok di Kedah dan Kuala Nerus, Terengganu.

Razali seterusnya menambah, Anwar terpaksa “menjilat ludahnya” kembali kerana rupa-rupanya semua aktiviti tidak sihat itu berlaku dalam PKR, malah lebih kronik sehingga menimbulkan kemarahan para ahli.

“Kita tunggu apa lagi episod menarik seterusnya selepas ini dan rakyat boleh membuat penilaian sebenar terhadap apa yang berlaku ,” katanya.

Sumber: http://www.pemuda.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s