Pemuda Daftar Sasar 70% Ahli Sebagai Pengundi Sebelum 2010

Posted: 09/14/2010 in Uncategorized

Pemuda UMNO mensasarkan untuk mendaftarkan 70 peratus atau seramai 108,829 daripada jumlah 155,471 ahli pergerakan itu yang belum menjadi pengundi sebelum akhir tahun ini.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya berkata pihaknya mengesan daripada 618,965 anggota pergerakan itu, seramai 155,471 ahli yang berusia 21 hingga 40 tahun masih belum berdaftar sebagai pengundi.

Justeru jelas beliau lagi pelbagai gerakan dan program akan dilakukan termasuk dalam suasana sambutan hari raya aidilfitri ketika ini.

“Bagi tujuan itu, kita telah minta Pemuda UMNO di setiap peringkat negeri dan bahagian membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena program rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh semua UMNO bahagian

“Semua biro perlu mengambil kesempatan sempena rumah terbuka ketika ini untuk mendaftarkan seberapa banyak pemilih terutama di kalangan ahli kita sendiri”, katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Katanya, langkah membuka kaunter pendaftaran itu bertujuan mengambil kesempatan daripada kehadiran pengunjung yang tinggi pada majlis rumah terbuka itu.

“Setiap program rumah terbuka Aidilfitri peringkat bahagian dianggarkan menerima kunjungan antara 10,000 hingga 20,000 orang.

“Kita juga berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain supaya membuka kaunter bersama kerana kehadiran pelbagai kaum pada acara itu,” ujarnya.

Pada masa yang sama selain daripada mendaftarkan ahli parti, beliau berkata pihaknya juga turut mensasarkan sekurang-kurangnya 20,000 pengundi baru dapat didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang program rumah terbuka tahun ini.

Jelas beliau lagi jika 100 orang pengundi baru didaftarkan di setiap bahagian, bermakna matlamat 20,000 yang disasarkan akan tercapai. – Al-Kamarol/MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s