Tuduhan Pas “UMNO Raja Fitnah” Terpalit Ke Muka Sendiri

Posted: 09/01/2010 in Uncategorized

Oleh: Ku Azman Ku Abas

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Sebuah blog hari ini mendedahkan bagaimana tuduhan Pas bahawa UMNO mencipta fitnah terhadap mereka dengan memainkan isu agama menerusi gambar memakan diri mereka sendiri.

Menurut blog berkenaan, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, taktik berkenaan sudah lapuk dan boleh difikir secara jelas pembohongan ciptaan mereka  yang menjerat diri sendiri.

Berikut pendedahan daripada blog tersebut.

Masyaallah apa nak jadi dengan Pemangku Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan? dalam bulan Ramadhan begini pun dia sanggup buat fitnah.

Dia buat gambar superimpose Lim Guan Eng sedang sembelih lembu korban, kemudian dia siar di blognya dan kata cybertrooper UMNO yang lakukan.

Jika benar dilakukan oleh geng-geng UMNO sudah tentu dia akan letak link atau beritahu dari blog mana gambar itu datang. Tetapi sepatah haram pun dia tak beritahu darimana sumber gambar itu. Setakat letak nama Pas Beruk, aku pun boleh kata gambar itu dari Herman Beruk.

Satu lagi bukti yang menunjukkan dia buat sendiri gambar itu ialah apabila gambar asal disebelah kanan yang menunjukkan Nizar komunis laknaktullah sedang sembelih lembu dilabelkan atas nama dia sendiri.

Lihat sebelah kanan bawah, tertera label Herman Samsudeen. Ini menunjukkan gambar asal itu milik dia dan disimpan olehnya sendiri.

Sudahlah Herman, bertaubat dan insaflah. Kalau ya pun nak membodek agar dipilih sebagai calon di Parlimen Titiwangsa dalam pru akan datang, gunalah cara lain. Banyak lagi cara untuk ‘up’ nama, bukannnya dengan membuat fitnah membabi buta.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali ketika  diminta mengulas isu berkenaan berkata pembohongan daripada pemimpin pembangkang dalam kes seumpama itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu ketika difitnah dengan lakaran gambar superimpose bersama wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Sharibuu di meja makan.

“Kalau Datuk Seri Najib sendiri boleh difitnah sedemikian rupa, kita tidak terkejutlah dengan apa yang berlaku hari ini berhubung pendedahan blogger di atas. Inilah kerja-kerja jahat pembangkang.

“Kita ingatkan dalam bulan yang penuh berkat ini, mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan, namun lagi hebat fitnahnya. Masyaallah…Semoga Allah membuka pintu hati golongan berkenaan untuk kembali kepada hakikat yang sebenar,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s