LAGI DESAKAN MINTA NAMEWEE DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS- Safarizul

Posted: 09/01/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR 2 Sept. — Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis terhadap pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau lebih dikenali “Namewee” ekoran perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Setiausahanya, Safarizul Mustaffa berkata, lapuran polis terhadap Namewee di IPD Dang Wangi petang tadi bertujuan mendesak pihak polis agar menjalankan siasatan terperinci terhadap Namewee di atas perbuatan  beliau yang terus menerbitkan muzikal video yang kontroversi untuk diambil tindakan undang undang yang sewajarnya dibawah akta yang bersesuaian.

Wee sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip videonya berjudul Negarakuku.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Safarizul berkata apa yang dilakukan Wee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

“Kita merasa perbuatan beliau ini boleh mencetuskan serta menimbulkan rasa ketidakselesaan rakyat dalam negara ini, walapun kita tahu bahawa Namewee telahpun memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu tersebut.

Namun kita mahu kerajaan memastikan tidak ada seorang rakyat Malaysia pun yang boleh terlepas daripada perbuatan mereka samada mereka sedar atau tidak sedar, sengaja mahupun tidak sengaja yang melakukan perbuatan atau kata kata mereka yang boleh mencetus kebencian atau mengugat ketenteraman masyarakat,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

Tambahnya, walaupun kita mempunyai hak atau kebebasan untuk bersuara serta meluahkan perasaan ketidakpuasan hati, kita harus melakukannya  secara beretika serta beradap, mereka juga harus ada rasa tanggungjawab terhadap bangsa lain kerana kita hidup dalam negara yang berlatarbelakangkan kepelbagaian.

Pemuda UMNO merasa amat kesal dan kecewa kerana beliau adalah individu yang pernah menimbulkan kontroversi dengan video klip “Negarakuku dan Namewee **** TNB Malaysia” yang jelas menghina negara serta menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.

“Ini soal maruah dan perpaduan Negara, kita telah bina negara ini diatas asas perpaduan antara kaum lebih daripada 50 tahun, maka itu dalam konteks ini tidak ada istilah  kompromi kerana sekiranya ia tidak ditangani dengan betul kelak ia boleh menimbulkan berbagai ancaman sampingan di dalam negara, sebagai contoh hari ini telah timbul isu “FB Melayu babi”, dan kita percaya jika tiada tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan maka perpaduan kaum yang kita bina akan menjadi semakin rapuh.

“Ini soal maruah dan perpaduan Negara, kita telah bina negara ini diatas asas perpaduan antara kaum lebih daripada 50 tahun, maka itu dalam konteks ini tidak ada istilah  kompromi kerana sekiranya ia tidak ditangani dengan betul kelak ia boleh menimbulkan berbagai ancaman sampingan di dalam negara, sebagai contoh hari ini telah timbul isu “FB Melayu babi”, dan kita percaya jika tiada tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan maka perpaduan kaum yang kita bina akan menjadi semakin rapuh.

Perbuatan memohon maaf dari individu yang bersalah serta tindakan memberi amaran oleh pihak kerajaan bukan lagi jalan yang menampakan penyelesaian yang berkesan.”

Sehubungan itu, polis dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun Namewee menyatakan dia menyokong Gagasan 1Malaysia.

“Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya,” katanya.

Namewee, dari Muar, Johor seperti yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lepas.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007. – MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s