GPMS SELANGOR BUAT LAPORAN POLIS KEWUJUDAN ‘FACEBOOK’ ‘MELAYU BABI’

Posted: 09/01/2010 in Uncategorized
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial ‘Facebook’ yang menggunakan nama ‘Melayu Babi’.
Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lepas dan kemudian melihat sendiri kandungan itu.
“Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu.
Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s