Pas Terpesona Lenggok DAP

Posted: 08/30/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SUNGAI BESAR, 27 Ogos – Hujah utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukannya dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Persoalannya, kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, adakah DAP dan PKR mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas sedangkan DAP sudah sekian lama menolak konsep negara Islam yang ingin diketengahkan oleh Pas dan dalam masa yang sama, PKR pula tidak pernah menyatakan secara terbuka menyokong apa yang Pas perjuangkan.

”Ramai Melayu tahu namun akhirnya berlakon tidak waras menjadi tidak tahu. Melayu UMNO, PAS, PKR atas pagar memang sangat tahu. Di dalam perlembagaan DAP tidak ada sekuman pun klausa berkaitan mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

“Bahkan menubuhkan negara Islam pun minta dilangkah akan mayatnya. Orang Melayu berlakon tidak tahu – untuk menghalalkan tindakan DAP sebagai, “kami yakin usaha dakwah kami sampai pada DAP”, “apa salahnya mendoakan pemimpin yang adil” dan pelbagai lagi resam politik atas penjualan nama Tuhan,” ujarnya kepada UMNO-online.

Tahun 1961, Malaysia terbentuk bersama Singapura, Sabah dan Sarawak. Antara syarat Malaysia merdeka dari British ialah – dalam tempoh 10 tahun merdeka jangan ada pertelingkahan kaum.

PAP mahu bertanding dalam Pilihan Raya di Semenanjung Malaysia, UMNO mahu bertanding di Singapura. Dalam masa yang sama, PAP terlalu galak mempertikaikan hak istimewa Bumiputera hingga mewujudkan pertembungan ideologi antara Malaysian Malaysia dan Malaysia Malay.

”Ibarat gunting dalam lipatan meredakan sentimen perkauman, Singapura keluar (dikeluarkan?) dari Malaysia pada tahun 1965. Setidak-tidaknya ia bertahan melebihi 40 tahun sehingga Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008.

Akibat pemisahan Singapura, pendaftaran PAP dibatalkan di Malaysia. PAP telah memenangi 1 kerusi pilihanraya pada tahun 1964 di Bangsar oleh Devan Nair. Beliau dipanggil kembali ke Singapura menjadi Presiden walau pun kelahirannya di Melaka.

”Ramai Melayu tahu namun akhirnya berlakon tidak waras menjadi tidak tahu. Melayu UMNO, PAS, PKR atas pagar memang sangat tahu. Di dalam perlembagaan DAP tidak ada sekuman pun klausa berkaitan mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.”

Devan Nair mengkader Lim Kit Siang, Dr Chan Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam melahirkan DAP, parti rusuk kanan PAP. Lim Kit Siang, setiausaha akhbar Lee Kuan Yew membentuk Pengisytiharan Setapak 1967 sebagai deklarasi Malaysia sebuah negara sosialis,” tambahnya.

Apakah orang Melayu di Malaysia dilahirkan untuk buat-buat tidak tahu? DAP penuh warna kronism, Lim Kit Siang-Lim Guan Eng-Betty, Karpal-Gobind, namun orang Melayu berlakon tidak waras tidak tahu.Wakil DAP kerap bertukar kawasan pilihanraya, namun orang Melayu masih tidak tahu.

DAP ditadbir dengan paksi kuasa Lim Kit Siang tanpa simpati kepada Melayu Islam, juga orang Melayu masih buat-buat tidak tahu. Di Pulau Pinang, rintihan penjaja Melayu terhadap kerakusan Lim Guan Eng juga juga ada orang Melayu buat-buat tidak tahu.

Kesimpulannya, ketiga-tiga parti pembangkang itu bertemu jodoh kerana ada satu persamaan antara mereka iaitu memiliki sifat ekstrim.

Perkahwinan hanya atas sifat gila kuasa dan keras kepala. Pas dengan label taksub dan ekstrim agama, DAP bersifat chauvanis dan perkauman, manakala Keadilan masih tidak ketentuan hala tuju. Pakatan yang cuba dilakukan walaupun berlainan ideologi dan matlamat tetapi dibuai satu mimpi iaitu berkuasa walau dengan cara yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara.

Mereka sebenarnya cuma saudagar mimpi yang cuba mempengaruhi rakyat untuk terus lena bersama mereka tanpa sebarang tujuan. – MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s