Pecat Hassan Ali – Pemuda Selangor

Posted: 08/28/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Selepas Surau Al-Huda di Kajang Central, Masjid Al-Taqwa Selayang pula menjadi sasaran pemimpin pembangkang berbangsa Cina untuk meraih sokongan orang Melayu. Jika sebelum ini, Ahli Parlimen Serdang (DAP) Teo Nie Ching menyampaikan `tazkirah’ di Surau Al-Huda, Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula meneruskan ‘tradisi’ mencemar kemuliaan surau dan Masjid selain ingkar arahan Sultan Selangor agar jangan berpolitik surau dan masjid dalam negeri Selangor.

William telah menyampaikan sumbangan kepada 7 masjid dan 27 surau dalam kawasan DUN Taman Templer baru-baru ini. Tindakan William ini jelas membuktikan usaha pemimpin pembangkang Cina mencuri hati orang Melayu.

Perbuatan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin parti pembangkang yang sememangnya tidak menghormati Sultan sebagai ketua negeri. Perbuatan yang dilakukan itu menunjukkan sikap kurang ajar dan pemimpin parti pembangkang kerana tidak menghormati titah dan perintah Sultan, benda ini bukan sahaja berlaku di Selangor sahaja, malah turut berlaku di negeri-negeri lain, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Selangor telah menghantar memorandum memelihara kesucian agama Islan serta institusi masjid dan surau kepada Menteri Besar Selangor di kediamannya petang tadi.

“Sudah terang lagi bersuluh kini sudah terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan menggunakan Masjid dan Surau sebagai medan berpolitik, menghina, mencaci, dan menfitnah pemimpin dan sesama umat Islam.

Mereka beroperasi dengan menggunakan mekanisme mengajar atau bertazkirah atau berceramah tanpa tauliah. Selain itu orang yang bukan Islam lelaki dan wanita telah dibenarkan memasuki saf solat Masjid dan Surau malah telah dibenarkan berucap, berceramah dan bertazkirah dalam Masjid dan Surau,” ujarnya selepas menghantar memorandum tersebut di kediaman Menteri Besar.

Mereka tidak memperdulikan sensitiviti Umat Islam. Sesungguhnya perkara seperti ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Selangor memohon pertimbangan Menteri Besar Selangor agar memecat  YB Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor yang nyata telah menyeleweng atau tidak berkeupayaan atau tidak mampu atau telah gagal menjalankan tugas dan fungsi nya sebagai Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita juga minta MB memecat  Pengerusi, Imam dan Ahli Jawatankuasa Surau  di Surau Al Huda, Kajang yang telah menjemput dan membenarkan  Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching memberikan tazkirah di Surau tersebut pada 22 Ogos 2010.

Tindakan yang sama juga harus dibuat ke atas Nazir, Imam dan Ahli Jawatankuasa di Masjid At Taqwa, Selayang Baru yang telah menjemput dan membenarkan  Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Keen (seorang Pastor Kristian) memberikan tazkirah di Masjid tersebut pada 25 Ogos 2010,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Kerajaan negeri juga harus mengambil tindakan undang-undang kepada Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching dan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Keen yang memberikan tazkirah di Surau dan Masjid tersebut tanpa tauliah.

Kerajaan negeri juga harus memberikan amaran keras kepada semua Nazir, Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Selangor supaya mematuhi Pemberitahuan mengenai larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh MAIS seperti yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIS Bil. 4/2009 pada 6 Oktober 2009 dan telah diedarkan kepada semua masjid di negeri Selangor.

“Kita juga rasa amat kesal dengan kepimpinan Pas hari ini, kerana selama ini mereka yang kononnya bersungguh-sungguh untuk menegakkan syiar dan kedaulatan agama Islam, namun selepas diberikan kuasa, mereka bukan sahaja tidak mampu menegakkan syiar Islam malah seolah-olah tidak boleh mempertahankan daripada diperlecehkan oleh pemimpin bukan Islam dari Dap dan PKR.

Mereka seolah-olah ‘kuda tunggangan’ dan seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh DAP semata-mata,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s