Khalid Meroyan Keseorangan Isu Kilang Arak

Posted: 08/27/2010 in Uncategorized

Oleh Al-Kamarol Abdul Latiff

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – UMNO Selangor menyifatkan pemimpin Pas, Khalid Samad semakin meroyan kerana menanggung kesilapan sendiri berhubung tindakannya menawar kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada syarikat kilang arak.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Shukor Idrus sekali lagi meluahkan rasa kehairanan terhadap tindakan pemimpin Pas lain terutama Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Agama kerajaan negeri, Datuk Dr Hassan Ali yang terus membisu berhubung perkara itu.

“Nampaknya dalam isu kilang arak ini Khalid Samad syok sendiri. Kesian takde pemimpin Pas lain yang tolong. Ini kerana pemimpin Pas lain mungkin sedar atau bijak sedikit kerana tahu isu kilang arak ni akan makan diri.

”Itu sebab Khalid terkontang kanting…..ibarat senjata makan tuan,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad yang terus keseorangan mempertahankan tindakannya melawat kilang arak Carlsberg di Shah Alam pada 5 Ogos lalu.

Tindakan Khalid itu menjadi pertikaian kerana beliau bukan sekadar membuat lawatan malah mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang arak Carlsberg itu untuk rancangan pemindahan dan pembesaran.

Sedangkan Pas sebelum pilihan raya umum lalu berjanji mahu menutup kilang arak tersebut sebaik sahaja ayam berkokok selepas kemenangan pakatan pembangkang.

Tegas Shukor lagi akibat semakin tersepit kerana tidak dibantu pemimpin Pas yang lain, Khalid mengambil jalan mudah menyalahkan Barisan Nasional dalam isu tersebut.

“Siapa yang buat janji, siapa yang tawar kawasan lebih luas untuk kilang arak…tak ada kena mengena dengan kita. Sebab itu kita tengok dia (Khalid) semakin meroyan.

“Pertama sebab senjata dah makan tuan dan kedua takde pemimpin Pas pun nak tolong dia…tinggallah dia meroyan seorang diri. Akhirnya semua terbukti Pas ini pakai topeng Islam je untuk berkuasa namun dari segi tindak tanduk tidak ke arah Islam,” ujarnya. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s