Dap Biadap, Cemar Surau Pancing Undi

Posted: 08/27/2010 in Uncategorized

Oleh: Al-Kamarolzaman Abd Latiff

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Apa nak jadi? Semakin biadap…nampaknya pemimpin Dap sudah mendapat lesen besar untuk melakukan apa saja bagi memancing undi orang Melayu.

Walaupun Dap menentang keras penubuhan negera Islam dan pelaksanaan hukum hudud namun demi untuk menagih undi orang Melayu, pemimpin Dap sanggup bermain wayang.

Yang hairannya pemimpin Pas sendiri seperti terhegeh-hegeh menghalalkan apa jua perbuatan pemimpin Dap.

Jika pemimpin Dap lelaki sanggup memakai songkok, berbaju Melayu, melafazkan ayat-ayat al Quran dan Hadis, pemimpin wanitanya pula apa kurangnya.

Ini boleh dilihat menerusi tindakan pemimpin DapP yang juga Ahli Parlimen Serdang yang diberi kebenaran menyampaikan tazkirah di Surau Al Huda, Kajang pada jam 9.33 mlm pada 22 Ogos lalu.

Apakah di sana sudah ketiadaan imam lagi sehingga terpaksa memanggil Teoh Nie Ching memberikan tazkirah kepada orang-orang Islam serta imam surau berkenaan.

Ini bukanlah kejadian kali pertama berlaku kerana sebelum ini di Klang turut berlaku perkara yang serupa.


Pada malam tersebut Teo Nie Ching bukan sekadar masuk ke dalam surau tersebut malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau itu tanpa menutup aurat.

Jika melihat kepada waktu tersebut iaitu pada jam 9.33 malam, bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat tarawih atau antara solat terawih.

Ini jelas satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut?

Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk Dap memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s