DAP RAKUS CABAR KESABARAN MELAYU

Posted: 08/27/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

DAP terus dikecam dan diingatkan tidak rakus mencabar ketuanan Melayu sehingga boleh menimbulkan suasana tegang di dalam negara.

Sehubungan itu, kalangan pemimpin UMNO Selangor mengingatkan DAP jangan mempersoalkan lagi perkara itu jika mahukan perpaduan kaum di negara ini tidak tercalar.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Subang, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, DAP semakin berleluasa dan semakin rakus mencabar kesabaran orang Melayu selain memperlekehkan Islam di Selangor akibat kelesuan dan kelemahan Menteri Besar Selangor sendiri.

”MB lembik, PAS dan PKR pun lembik, kelemahan ini digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk ’berkuasa di Selangor’. MB, PAS dan PKR hanya dijadikan alat kepada DAP untuk berkuasa dan memperlekehkan Islam, Melayu dan institusi Raja di Selangor ini.

DAP semakin rakus dan bermaharajalela. Apa yang mereka tunjukkan di Selangor sejak berkuasa selepas PRU 12 lalu, bermula dengan isu babi, azan diarah diperlahankan, arak dan kini, tazkirah di surau dan masjid, membuktikan wajah sebenar mereka,” ujarnya mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang baru-baru ini.

Beliau sedih dengan PAS, PKR dan orang Islam di Selangor yang masih tidak sedar dengan permainan dan wayang yang sedang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin DAP khususnya dalam usaha mereka memancing hati orang Melayu. Namun, wayang yang dimainkan DAP mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu khususnya, termasuk ingkar dengan Titah Sultan Selangor yang telah bertitah jangan berpolitik di masjid dan surau di negeri Selangor.

”Inilah budaya politik yang mereka perjuangkan selama ini. Ideologi Malaysian Malaysia mengakui bahawa semua kaum ada sama hak tapi tiada hak istimewa, ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ideologi Malaysian Malaysia juga tidak relevan dalam konteks Malaysia kerana proses perpaduan negara ini tidak berlaku melalui “bersatu dalam kesamaan” tetapi “bersatu dalam kepelbagaian” katanya merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera selain menjamin kedudukan dan hak kaum lain di negara ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar orang Islam khususnya penyokong PAS dan PKR sedar dengan wajah sebenar DAP hari ini dan tidak lagi bersekongkol dengan segala tindakan DAP.

”Ini baru berkuasa di Selangor, bayangkanlah kalau mereka berkuasa di Malaysia. Takkan sampai kita dihalau, baru nak sedar dan percaya dengan sandiwara DAP, memperdaya dan memperguna orang Melayu untuk menjadi landasan mempercepatkan langkah mereka untuk menguasai Malaysia,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s