Waspada Bibit ’Komunis Moden’ -Pemuda UMNO

Posted: 08/24/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun pada 31 Ogos ini, Pemuda UMNO meminta rakyat berwaspada terhadap fahaman komunis walaupun sudah 21 tahun perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata dulu, fahaman komunis lama berjaya menawan, mengumpan dan mengguna orang Melayu seperti Shamsiah Fakeh dan beberapa pemimpin komunis Melayu lain untuk cuba mencerobohi minda orang Melayu dan mengelirukan pemikiran orang Melayu pada ketika itu.

”Hari ini mungkin pemikirannya bukan komunis seperti dulu, mungkin (kini) pemikiran mereka cauvinis di bawah Dap, tetapi cara-cara komunis yang sama digunakan oleh parti-parti seperti Dap.

“Kita ada pemimpin pembangkang seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang saya lihat beliau diguna pakai dalam satu kaedah untuk menarik orang Melayu untuk menerima pemikiran cauvinis yang dibawa oleh Dap.

“Dan mungkin ini terbawa-bawa ketika zaman beliau Menteri Besar, kuasa pada ketika itu dipegang oleh Nizar dipengaruhi oleh Dap, oleh Nga Kor Meng, Ngeh Ko Ham dan sebagainya, dan perkara ini terbawa-bawa hingga Nizar tidak boleh membebaskan diri beliau daripada digunakan alat oleh parti cauvinis tersebut,” ujarnya ketika ditemui UMNO-online, baru-baru ini.

Beliau diminta demikian ketika diminta mengulas fenomena politik Dap mempengaruhi, menguasai dan memperkudakan PKR dan Pas di dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan dengan itu, Khairy berharap agar masyarakat tidak terkeliru dengan perkara ini, kerana ada sesetengah pemimpin yang sebenarnya bawa pemikiran yang asing daripada apa yang sebenarnya menjadi kelaziman kepada mereka.

”Saya rasa mungkin mereka ini diperalatkan, sebab itu kita guna istilah `komunis moden’, bukan pemikiran komunis tetapi cara mereka diperalatkan sama dengan apa yang berlaku sebelum ini,” tambahnya.

Perjuangan komunis dulu mungkin mengangkat senjata, namun fahaman `komunis moden’ secara subversif diterapkan dengan pendekatan memperalat parti dan pemimpin politik sehingga ideologi itu menyusup dan diterima generasi muda terutamanya melalui kemajuan teknologi maklumat.

Gejala komunis ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan keselamatan negara termasuk fahaman `komunis moden’ yang boleh kita andaikan sebagai ’musuh dalam selimut’.

Padai zaman pemberontakan bersenjata (1948 – 1989), setelah Jepun menyerah kalah, PKM atau MPAJA ditubuhkan pada 20 April 1930, pada awalnya untuk bekerjasama dengan British menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Namun PKM mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Bagi meraih simpati, meluaskan fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak PKM telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945.

PKM telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Kini, mungkinkah perjuangan komunis ini diteruskan oleh golongan ahli politik di dalam pakatan pembangkang hari ini termasuk ahli-ahli politik Melayu yang seakan-akan tanpa sedar merelakan diri diperkuda komunisme dan seterusnya fahaman itu meresap kembali ke dalam negara ini melalui perjuangan mereka. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s