Kamera: Khalid Takut Polis Temui Banyak Tembelang

Posted: 08/24/2010 in Uncategorized

Oleh Al-Kamarol Abdul Latiff

SHAH ALAM, 23 Ogos – Pemuda UMNO percaya tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung penemuan kamera tersembunyi di pejabatnya kerana takut banyak rahsia akan terbongkar.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali, berkata adalah sesuatu yang sukar diterima akal apabila Menteri Besar hanya mahu menjalankan siasatan dalaman sendiri sedangkan perkara pencerobohan ini adalah suatu yang cukup serius.

“Apa yang takut sangat sampai tak mahu polis buat siasatan. Ini perkara yang serius kerana ia membabitkan pejabat ketua pentabir negeri. Apa benda yang hendak disorokkan?

“Mungkin kalau perkara itu berlaku melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sudah pasti mereka akan desak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, tribunal, kertas putih dan macam-macam lagi. Bila kena batang hidung sendiri lain pula nadanya,” kata beliau.

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang medianya selepas mesyuarat Exco menyatakan telah menemui sebuah kamera perakam video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Bagaimanapun Khalid menyatakan tidak akan membuat laporan polis berhubung perkara itu sebaliknya memberi alasan kerajaan negeri akan menjalankan siasatan dan meneliti rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya.

Suhaimi seterusnya berkata, tindakan Khalid tidak mahu membuat laporan polis itu juga kerana takut rakyat akan mengetahui masalah dalaman yang semakin meruncing di kalangan parti pakatan pembangkang.

“Banyak benda dia nak sorok…..satu mungkin melibatkan tindak tanduknya sendiri, kedua mungkin dia nak tutup aib kerana tidak mahu rakyat tahu ada musuh dalam selimut yang cuba mentalkinkan karier politiknya.

“Pada masa yang sama kita juga tidak terkejut kalau dia tuduh UMNO atau BN yang buat perkara itu seperti yang sering dilakukan pakatan pembangkang untuk menutup malu,” ujarnya.

Namun, kata beliau lagi, apa yang pasti rakyat khususnya di negeri ini sudah cukup masak dengan cara politik pembangkang.

“Mereka hanya pandai tabur janji dan mencari kesalahan orang lain…yang itu mereka cukup bijak,” katanya. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s