TUTUP KSSB: Beri Sinar Baru Kepada Pengusaha Pasir Selangor

Posted: 08/20/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM- Isu pasir Selangor belum ada kesudahannya. Jika sebelum ini, pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin UMNO Selangor mahupun masyarakat setempat yang merasa kehidupan mereka terancam akibat perlombongan pasir yang tidak terurus oleh syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kini membawa kepada desakan untuk menutup KSSB.

Konsortium Pengusaha Pasir Selangor mendesak Kerajaan negeri untuk menutup Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan mengembalikan semula kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada pegawai kerajaan, iaitu Pejabat Tanah dan Galian (PTG), yang selama ini telah menjalankan tanggung jawab dengan baik.

Pengerusi konsortium, Dato’ Tengku Saifuliazan Tengku Zainal Abidin berkata, Konsortium Pengusaha Pasir Selangor ini ditubuhkan dengan perkenan Duli Sultan Selangor, dan ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, pihaknya bukan lagi sekadar pengusaha pasir kecil-kecilan, sebaliknya kerjasama dan sokongan kerajaan negeri terhadap consortium merupakan satu tindakan baik demi kebaikan bersama.

“Perkembangan baru ini memberi sinar baru kepada pengusaha pasir di negeri Selangor. Walaupun kami mendapat sokongan dari kerajaan negeri, namun apa yang kami cadang tetap diteruskan.

Ketika ini, kerajaan negeri telah memberi komitmen untuk menyelesaikan isu pasir di Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mendesak kerajaan negeri segera menutup KSSB dan mengembalikan kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada Pejabat Tanah Dan Galian,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam.

Dalam masa yang sama, Konsortium mendakwa akan membuat tindakan perundangan sekiranya masih tiada usaha menutup KSSB secepat mungkin.

“Tindakan perundangan akan dibuat ke atas KSSB, kita ada banyak bukti salah urus anak syarikat Selangor itu. Walaupun KSSB sudah mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru namun sehingga ke hari ini kita tak nampak ada perancangan baru untuk membantu pengusaha pasir seperti kami,”.

Dalam perkembangan berkaitan, Konsortium turut menyelar kenyataan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Terese Kok dan Elizabeth Wong yang hanya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu akibat perlombongan pasir haram yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar, kemusnahan tanah kerajaan,  curi pasir, pasir haram, dan penyelewengan yang begitu besar dalam pemerolehan hasil industri pasir.

“Kami tak pandang benda yang dah lepas. Apa yang dah berlaku dulu sewaktu pentadbiran kerajaan BN, dah berlaku tapi apa tanggungjawab kerajaan negeri baru sekarang? Kerajaan Negeri lakukan kesilapan paling besar dengan menubuhkan KSSB yang hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha besar dan menindas pengusaha-pengusaha kecil,” tambahnya. –MediaUMNO

Advertisements
Comments
  1. lagi cepat lagi bagus… jgn sampai pasir n galian di Selangor ku yang tercinta ini habis, baru nak serah tugas…Theresa Kok? She is so cocky… and doing nothing. FDI in Selangor? Bullshit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s