GPMS Saran Subjek Sejarah DiPerkenalkan Di Sekolah Rendah

Posted: 08/20/2010 in Uncategorized

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Kementerian Pelajaran digesa memperkasakan semula mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah dan menjadikannya subjek wajib lulus dalam peperiksaan utama.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, langkah itu perlu bagi memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah.

“Ini penting dalam usaha mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar selain memberikan kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air.

“Mereka juga perlu diberi lebih banyak pendedahan khasnya mengenai tokoh-tokoh penting negara sebelum merdeka yang telah meletakkan perpaduan dan bertolak-ansur sebagai formula teras dalam memerdekakan Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan V.T. Sambantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sudah sampai masanya perkara itu diberikan pertimbangan sewajarnya memandangkan sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes mengenai pembabitan golongan pelajar dalam kegiatan negatif termasuk demonstrasi jalanan.

Malah katanya, kini ada juga ahli-ahli politik Malaysia yang “sudah lupa” atau “buat-buat lupa sejarah”

Hal ini berlaku kerana mereka kurang memahami, apatah lagi mahu menghayati sejarah tanah air kerana mereka adalah rakyat yang hidup selepas zaman kesusahan terutama ketika perang dahulu.

Mereka kurang didedahkan dengan sejarah susah payah menuntut kemerdekaan dan membangunkan negara selepas kemerdekaan sehingga membolehkan menikmati sesuatu yang hebat hari ini.

GPMS Selangor juga mencadangkan agar Kajian Sejarah yang kini hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tiga diperluaskan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat hingga enam bagi memberikan peluang seluas-luas kepada mereka untuk membuat kajian serta penyelidikan mengenai fakta-fakta yang mereka pelajari di dalam mata pelajaran sejarah.

Demi memastikan pelajar-pelajar menghayati serta menilai sejarah khasnya yang berkaitan dengan negara, GPMS juga mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi mensyaratkan setiap pelajar mestilah lulus di dalam mata pelajaran sejarah sebagai syarat untuk memohon ke IPTA dan menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib di semua IPTA.

Dengan cara ini ini GPMS yakin ia juga akan dapat menyuntik semangat cintakan negara di kalangan pelajar selain memupuk kesedaran yang tinggi agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang merugikan dan seterusnya bakal membawa kesan jangka panjang yang sangat positif terhadap golongan pelajar dan generasi muda negara ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s