Heret Ronnie Liu Ke Selcat Jika Telus, Berintegriti – Faizal

Posted: 08/17/2010 in Uncategorized

Oleh: TG AZMAN TG ABAS

SHAH ALAM 17 Ogos – Kerajaan Selangor yang kononnya berpaksikan kepada ketelusan dan integriti  dicabar mengheret anggota Exconya, Ronnie Liu menghadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dijalankan.

Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Faizal Abdullah berkata, tindakan itu akan membuktikan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang benar-benar adil, bertanggungjawab dan telus dalam pentadbiran seperti dilaung- laungkan sebelum ini.

Menurutnya, meskipun pembantu Ronnie, Tee Boon Hock telah dipecat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 6 Ogos lalu atas dakwaan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan peluang perniagaan, ia dilihat tidak adil kerana hanya melibatkan sebelah pihak sahaja.

‘‘Mengapa tidak diadakan sesi pendengaran awam Selcat yang dianggap mereka sebagai simbol ketelusan dengan memanggil Ronnie memberi keterangan mengenai dakwaan penyalahgunaan kepala surat itu?

‘‘Kita pun nak tahu juga apa kenyataan balas atau pembelaan daripada Boon Hock dalam soal berkenaan. Begitu juga kenyataan daripada Ronnie sendiri berhubung isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi UMNO-Online, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak cadangan supaya anggota Exco, Ronnie Liu dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dilakukan.

Sebaliknya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi alasan cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Dr. Ching Eu Boon itu hanya menambahkan kerja pentadbiran.

Tegas Faizal lagi, kerajaan negeri  tidak boleh memberi pelbagai alasan sebaliknya berpegang kepada apa yang telah dijanjikan sebelum ini iatu sebuah kerajaan yang bersih, integriti serta telus.

‘‘Kemana hilangnya konsep  tersebut. Dan sudah jelas di depan mata kita semua bahawa Selcat umpama kulit atau bunga reben yang digunakan sebagai perhiasan semata-mata.

“Jika mereka benar-benar telus dan berintegriti, bukan sahaja kerajaan negeri mengambil keputusan drastik, malah Ronnie sendiri sedia tampil ke depan untuk dihadap ke jawatankuasa berkenaan,” soalnya.

Sebelum ini Boon Hock menafikan menyalahgunakan kepala surat milik pejabat Ronnie yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya.

Boon Hock menjadi pembantu khas Ronnie bermula Mac 2008 hingga 18 November 2009 dan mewakili ADUN Pandamaran itu di kawasannya.

Ekoran kejadian itu, Boon Hock yang telah dipecat sebagai ahli DAP menganggap pemecatannya tergesa-gesa dan tidak adil selain membayangkan wujud konspirasi untuk menyingkirkannya sebelum pemilihan parti yang dijadualkan pada bulan ini. –MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s