Pembangkang ‘Samun’ Duit Rakyat Untuk Pilihan Raya

Posted: 08/15/2010 in Uncategorized

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Langkah pakatan pembangkang, khususnya Pas mengutip derma untuk membiayai kempen mereka pada pilihan raya menerusi Tabung Impian Rakyat (Tiram) adalah tindakan ‘menyamun’ duit rakyat.

Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor- Muda (KPPMS Muda), Azwan Mat Yassir, berkata Tiram Pas adalah satu perkara yang amat mendukacitakan di dalam sejarah politik Malaysia.

“Rasanya belum pernah ada mana-mana ahli politik yang terang-terang merayu kepada rakyat jelata seluruh Malaysia untuk menyumbang untuk kepentingan peribadinya. Belum pernah mana-mana orang cuba menyamun duit rakyat secara terang-terangan untuk tujuan politik semata-mata.

“Tabung Tiram ini dengan jelas membiayai kepentingan politik Husam semata-mata. Mungkin terlampau taksub dengan kuasa hingga tak nampak apa yang dibuatnya ini sangat serupa dengan `fund raising’ oleh ahli politik di Amerika yang selalunya dibiayai oleh puak-puak Yahudi berkepentingan,” katanya kepada UMNO-online, hari ini.

Penubuhan Tiram seperti kutipan derma jihad semasa majlis ceramah pembangkang ini amat kabur dan tidak jelas, dilancarkan oleh Pas, Sabtu lalu. Husam mengumumkan untuk mengumpul RM20juta dari hasil jerih rakyat, tetapi tidak pula diberitahu bagaimana dia hendak membelanjakannya dan juga pecahan perbelanjaannya.

Azwan seterusnya berkata: “Mungkin ke Husam akan menyumbang ratusan ribu untuk usaha demokrasi? Atau guna untuk kepentingan politik sahaja? Maklumlah, pemilihan PAS dah dekat, kena ada war-chest untuk beli undi PAS kerana dia tahu dia ada ramai musuh dalam PAS,

“Tabung TIRAM ini didaftarkan di bawah undang-undang mana? Apa strukturnya dan siapa yang beri kebenaran untuk mengutip dana? Apa bentuk sebenar dana ini? Cukup ke RM20juta saja?

“Kata nak menegakkan demokrasi, tapi siap ada selit untuk ke Putrajaya sekali, mahal sangat ke tambang pergi Putrajaya sampai perlu RM20juta?” ujarnya.

Beliau berkata, di dalam semua struktur pengurusan dana, pasti akan terdapat sistem khusus bagi merekod penerimaan sumbangan dan perbelanjaan. “Jadi kita harus diberitahu tentang system tersebut supaya tiada ruang untuk dana tersebut disalahgunakan oleh mana-mana pihak.”

Pada masa yang sama, para katanya, penyumbang juga mempunyai hak untuk bertanya siapa yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit kesemua perbelanjaan tersebut. Kita mahu melihat kesemua urusan kewangan itu dilaksanakan dengan telus oleh orang yang berkelayakan dan diiktiraf.

“Memandangkan duit yang dikutip adalah duit rakyat, maka perlu ada tatacara yang jelas supaya rakyat dapat menilai dengan telus bagaimana duit mereka dibelanjakan, dan mereka juga mempunyai hak dari sudut undang-undang untuk menuntut keadilan sekiranya terdapat salah urus atau salahtadbir dalam Tiram,” katanya.

Azwan berkata, apakah kesannya jika ia dibelanjakan kearah yang haram atau makruh? Siapakah lembaga penasihat dan mesyuarat yang menyaring dan menentukannya.

“Selepas ini, siapa-siapa yang nak projek dari Pas sumbanglah ke Tabung Tiram, bila Husam dah menang nanti tunjuk resit dan mintalah projek. Maka selepas ini akan berduyun-duyunlah orang akan menyumbang pada Tiram, sumbang RM1 pun dah boleh minta projek dari Husam,

“Inilah sebenarnya yang berlaku dalam fund-raising di Amerika, dan inilah yang berlaku pada Anwar Ibrahim, pihak berkepentingan (Yahudi) menyumbang pada calon mereka untuk dijadikan kuda bila mereka menang nanti.

“Maka Husam akan terikat dengan kepentingan peribadi ini dan tidak dapat lagi berkhidmat dengan adil, kerana sibuk nak jaga hati orang yang menyumbang pada `tabung politik’ dia,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s