Lakonan Dan Publisiti Murahan Khalid -Shukor

Posted: 08/15/2010 in Uncategorized

SHAH ALAM, 14 Ogos – UMNO Selangor mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan polis berhubung penemuan kamera perakam video yang disembunyikan di dalam pejabat Menteri Besar itu, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, laporan kepada pihak berkuasa itu perlu dibuat segera oleh Abdul Khalid agar siasatan dapat dilakukan termasuklah mengenal pasti pihak tertentu yang sengaja meletakkan kamera tersebut dipercayai untuk tujuan mengintip.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan penemuan kamera video itu hanyalah lakonan semata-mata bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu serta kelemahan yang berlaku melibatkan pentadbiran pakatan pembangkang ketika ini.

“Soalnya, kenapa kerajaan negeri tidak mahu membuat laporan kepada pihak polis mengenai perkara ini. Apakah mungkin Abdul Khalid sengaja mencetuskan keadaan ini atau pun mahu mencari populariti murahan.

“Jadi, kita cabar Abdul Khalid supaya membuat laporan polis jika benar beliau tidak mereka-reka cerita tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abdul Shukor, jika difikirkan secara logiknya, Abdul Khalid juga dilihat telah ‘memusnahkan’ bukti yang ada apabila memegang kamera berkenaan pada sidang akhbar pada 11 Ogos lalu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Jelas beliau, Abdul Khalid seharusnya tidak memegang kamera berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk mengesan cap jari mereka yang terlibat.

Rabu lalu, Abdul Khalid pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco menyatakan telah menemui sebuah kamera perakam video disembunyikan dalam bilik pejabatnya dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Menurut Abdul Khalid, penemuan kamera tersebut hanya disedari kira-kira 6 petang hari sebelumnya apabila alat berkenaan berbunyi sebagai isyarat bateri berkeadaan lemah.

Namun, Abdul Khalid menyatakan beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung penemuan kamera tersebut, sebaliknya memberi alasan kerajaan negeri akan menjalankan siasatan dan meneliti rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu. -MediaUMNO/MingguanMalaysia

Advertisements
Comments
  1. Salam Perjuangan,

    Sebenarnya, ini adalah isu untuk mengalihkan pandangan rakyat pada isu PKR di Johor yg menyebabkan Tuanku Sultan Johor murka. Untuk tidak terus membangkitkan kemarahan Melayu Johor yg rata-ratanya UMNO, maka PKR mencipta isu lagi. Betapa pandainya Sheikh Anwar Al-J*b*r* berperang saraf, kedua-dua isu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka telah disabotaj UMNO, yg mana akan menghadirkan simpati pada rakyat; UMNO zalim.

    Tidak susah untuk mencari kambing tambatan dalam fuckatan; ni dia… MB kepada Pemuda Selangor skrg nih… Sahak Gobek..hehehehe.. GT telah menggelarkan dia sebagai MB Paling Bodoh!!! Isu sampah camni langsung tak menguntungkan rakyat selangor. Ini publisiti murahan!!! Kamera cap ayam, besar, patern lama, byk lagi yang canggih2 dijual di jalan pudu dsb. Plak tu, letak belakang tabir, nak shoot apa? Ni lah gaya pemerintahan fuckatan haram, asyik berpolitik, asyik bersandiwara, jual harta negeri, rompak dan samun wang rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s