Rumah Urut Bercambah Undang Maksiat Di Selangor -Pemuda UMNO Serdang

Posted: 08/10/2010 in Uncategorized

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

SERDANG, 10 Ogos – Percambahan rumah-rumah urut di Selangor semakin bertambah dari sehari ke sehari. Jika sebelum ini Harrison Hassan, Ketua Pemuda UMNO Subang mengakui gejala buruk itu di Parlimen Subang, khususnya di Damansara Damai, Damansara Perdana dan Kota Damansara, industri ini turut berkembang di Serdang.

Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal, mengakui di Serdang bukan sahaja pusat-pusat urut bertambah, malah pusat-pusat judi haram juga menjadi permasalahan utama kepada penduduk di Serdang.

Beliau berkata, fenomena itu melambangkan kegagalan kerajaan negeri di dalam mengawal percambahan rumah-rumah urut ini dan pusat-pusat perjudian.

”Kira amat dukacitalah, kerana sebagai penduduk tetap di kawasan Serdang ini, kita melihat tiada kawalan daripada kerajaan negeri dan kita amat risau generasi muda, golongan belia akan terpengaruh dengan operasi terbuka pusat-pusat dan rumah-rumah urut ini.

“Kita melihat ada sesuatu perkara yang tidak berapa kena dengan kerajaan negeri hari ini, kerana rumah-rumah urut ini dibenarkan dibuka sampai lewat pagi, sama juga dengan kafe siber yang mana di zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, kita hanya membenarkan dibuka sampai pukul 1 pagi, itupun dengan syarat-syarat tertentu,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Ungku Salleh mendakwa, kebanyakan rumah urut di Selangor khususnya di kawasan Serdang ini tidak mempunyai lesen, malah rumah urut itu telah diserbu dan disita beberapa kali tetapi tetap meneruskan kegiatan mereka sehingga ke hari ini.

“Persoalannya, siapa sebenarnya dalang di belakang rumah-rumah urut ini?” tanya Ungku Salleh.

Tambahnya, Pemuda UMNO Serdang tidak mampu berbuat apa-apa bagi menghalang berleluasanya perkembangan rumah-rumah urut ini memandangkan kerajaaan negeri dan pihak berkuasa tempatan merupakan kerajaan di bawah PKR yang selama ini berjanji bermacam-macam sebelum berkuasa demi menjamin sokongan rakyat kepada mereka.

”Kerajaan negeri bukan bersama dengan kita pada hari ini kerana kerajaan negeri adalah di bawah pakatan rakyat dan seharusnya mereka yang mewar-warkan dulu akan telus, tapi pada hari ini kita lihat tiada ketelusan langsung di dalam kes-kes yang cukup besar yang kita lihat.”

Beliau turut mendakwa, pekerja-pekerja di rumah-rumah urut ini bukan sekadar warga tempatan, malah ’pekerja-perja import’ dari China, Vietnam, Indonesia turut ’menceria’kan rumah-rumah urut ini. Namun hairan dengan sikap pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil endah perkara ini dan mengambil mudah dalam hal ini.

”Kalaulah pihak berkuasa tempatan masih lagi mengambil sikap sebegini, saya yakin dan percaya, tahun depan akan bertambah dua kali ganda pusat dan rumah-rumah urut ini bukan sahaja di Serdang, malah di negeri Selangor khususnya”.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Serdang memohon pihak berkuasa tempatan bukan sekadar membuat tinjauan dan serbuan, malah mengambil tindakan wajar untuk menutup rumah-rumah urut ini dan tidak memberikan lesen baru bagi mengatasi masalah pertambahan rumah-rumah urut di Selangor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s