Pas Mahu Kilang Arak Taja Calon PRU-13 -Pemuda UMNO

Posted: 08/10/2010 in Uncategorized

SHAH ALAM, 10 Ogos – Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan tapak membesarkan kilang arak seolah-olah Pas bukan sahaja mahu menggalakkannya, malah mahu mempromosi dan mendapat perhatian syarikat arak itu menaja sepenuhnya sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Shaari, berkata tindakan Khalid dan Pas itu ibarat ‘ada udang di sebalik batu’ untuk mendapat sokongan dan dana memenangi PRU-13.

“Tahniahlah kepada Pas, inilah bukti janji-janji yang dimainkan mereka sebelum mereka dapat memerintah seperti di Selangor ini iaitu konon mereka akan tutup kilang Carlsberg ini.

“Tetapi kini setelah berkuasa mereka bukannya menunaikan janji mereka sebaliknya mereka bersedia memberikan kawasan yang lebih luas bagi mengembangkan Kilang Carlsberg,” katanyanya ketika dihubungi UMNO-Online, hari ini.

Khalid di dalam tulisannya pada Jumaat 6 Ogos lalu bertajuk ‘Lawatan Kerja Ke Kilang Carlsberg’, antara lain mengisahkan, “Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan.”

“Maknanya, Pas bukanlah parti benar-benar hendak memperjuangkan Islam seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini sebaliknya mereka lebih ‘western’ daripada UMNO,” ujar Azahari Shaari, Ketua Pemuda UMNO Shah Alam.

Azahari berkata, tindakan Khalid dan Pas itu jika terlaksana kelak tentunya akan memberi kesan negatif kepada anak bangsa.

“Maknanya, Pas bukanlah parti benar-benar hendak memperjuangkan Islam seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini sebaliknya mereka lebih ‘western’ daripada UMNO,” ujarnya. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s