Pemuda UMNO Gesa Tindakan Terhadap Tulisan Jahat, Hasutan, Hina YDP Agong

Posted: 08/09/2010 in Uncategorized

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini membuat laporan polis berhubung penulis laman web Helen Yap yang didapati berniat jahat, menanam kebencian, membakar semangat perkauman dan menghasut perpecahan masyarakat Malaysia.

Ketua Penerangan Pemudanya, Arman Azha Hj Abu Hanifah, berkata Pemuda UMNO menggesa kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap Halen kerana tulisannya yang tersiar di laman portal Centre for Policy Initiatives (CPI) pada 4 Ogos lalu.

Beliau berkata, daripada kandungan artikel itu, penulis itu nyata mempunyai niat jahat yang sengaja cuba mewujudkan perasaan benci masyarakat Malaysia yang berbilang kaum terhadap kedudukan istimewa Islam dan Melayu di negara ini.

”Malah, penulis berkenaan juga dengan angkuhnya memburuk-burukkan Yang Di-Pertuan Agong selain cuba menimbulkan perasaan tidak suka rakyat kepada baginda.

“Penulisan berkenaan sekali gus akan menyebabkan kemarahan warga Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputera apabila hak serta kedudukan istimewa mereka dipersoalkan oleh penulis tersebut malah agama Islam juga diperkecil-kecilkannya,” ujarnya ketika ditemui UMNO-Online di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, melalui penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agong, Helen bukan sahaja menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu dan Islam, malah juga rakyat dari pelbagai kaum di negara ini yang sememangnya menjunjung tinggi kedudukan baginda sebagai Ketua Kerajaan negara.

”Untuk itu, kami berpendapat, kandungan artikel berkenaan mampu memecahbelah kaum di negara ini selain turut menggugat keselamatan negara kerana ia berunsur hasutan dan menimbulkan suasana yang mengundang ketegangan.

“Justeru, kami menggesa pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada penulis berkenaan,” ujarnya.

Di dalam hal ini, pihak berkuasa boleh menggunakan Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadapnya.

”Kami berharap pihak berkuasa tidak  memandang ringan akan perkara ini dan kami berpendapat dengan mengenakan satu hukuman yang berat sahaja mampu memberi pengajaran kepada orang lain agar perkara sama tidak berulang kembali di masa akan datang selain memastikan agar perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini terus terjaga,” katanya.

Di bawah Akta Hasutan penulis boleh dikenakan tindakan kerana membangkitkan perasaan tidak suka org ramai terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong (Art. 149), Keistimewaan Bumiputera (Art.153) serta kedudukan tertinggi Islam di negara ini (Art.3).

“Walaupun, kita diberi kebebasan bersuara (Artikel 10), namun, warga Malaysia boleh didakwa kerana mempersoalkan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan Islam, Melayu dan institusi Raja. Ia dikecualikan daripada hak bersuara seperti yang dinyatakan dlm Art.10(4).

“Maknanya, kita bebas cakap apa saja tapi kita tidak boleh pertikaikan perkara yang disebutkan tadi. Justeru, kami berpendapat penulis itu wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana menghasut dan boleh mengugugat keselamatan awam di negara ini,” tegasnya. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s