TIRAM: Jangan Bebankan Rakyat Untuk Bertanding PRU13

Posted: 08/05/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Belum pun memerintah Negara, rakyat sudah dibebankan oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang apabila mereka berhasrat untuk melancarkan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mohamad Rashidi Mohamad Ismail, Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor (GPMS Selangor) berkata, dengan cara “kononnya memohon” ihsan rakyat biasa yang tidak berduit ini, sama-sama mengeluarkan “duit poket” mereka, untuk menanggung dan menampung kewangan parti PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 kelak.

“Mengapa perlu menubuhkan TIRAM semata-mata untuk mendapatkan kuasa sebaliknya mereka (pekatan pembangkang) khususnya Husam Musa untuk menubuhkan tabung bagi membantu masalah rakyat, khususnya membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi kewangan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan slogan “kuasa rakyat” – rupa-rupanya rakyat juga yang akhirnya terpaksa menanggung segala perbelanjaan pilihan raya untuk PAS, PKR dan DAP dan tanpa kita sedar, duit rakyat pula ingin digunakan oleh Husam dan kawan-kawannya untuk menggulingkan kerajaan,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online bagi mengulas cadangan pelancaran tabung Tiram bagi persediaan pembangkang dalam menghadapi PRU13 nanti.

Sehubungan dengan itu, GPMS Selangor berharap agar mana-mana pihak yang ingin bertanding dalam PRU13 nanti agar tidak mempergunakan kewangan rakyat demi memenuhi impian mereka untuk bertanding nanti.

Dalam masa yang sama, jangan pergunakan rakyat untuk menampung kewangan parti PAS, DAP dan PKR yang semakin meruncing – dengan jalan paling mudah, wujudkan “Tabung Impian Rakyat” kononnya untuk membela nasib rakyat bawahan.

Advertisements
Comments
  1. rosli says:

    Inilah celakanya Pakatan Rogol Rakyat ni……anwar celako celako celako sama dengan nicol ajis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s