TONY PUA TUNAIKAN JANJI DAHULU – AZHARI

Posted: 08/04/2010 in Uncategorized

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dinasihatkan supaya menunaikan janji-janji manifesto pakatan pembangkang di Selangor pada Pilihanraya Umum  ke 12 dahulu sebelum membangkitkan isu lain.

Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Datuk Shaari, berkata tindakan yang dilakukan oleh Tony Pua itu mungkin untuk mengaburi mata rakyat berikutan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pakatan pembangkang sejak mengambil alih pentadbiran Selangor.

“Tidak perlu cari publisiti murahan bangkitkan isu baru, apa yang dicadngkan itu boleh menyebabkan orang marah kerana babitkan sensitiviti kaum, dia perlu ingat, pengundi Melayu pun ramai yang menyokong dia dahulu.

“Saya rasa apa yang dibuat oleh  Tony Pua itu mungkin hendak menutup kelemahan pakatan pembangkang di Selangor, jika tidak masakan Menteri Besar Selangor,( Tan Sri Khalid Ibrahim) menyokong cadangan itu, mungkin juga mereka dah berpakat,” katanya selepas mengiringi sembilan  badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Tony Pua.

Minggu lalu, Tony Pua  mencadangkan supaya kerajaan Selangor  memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri berkenaan kerana mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan negeri dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah.

Cadangan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin politik dan badan bukan kerajaan yang menyifatkan tindakan itu menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Azhari berkata, sepatutnya Tony Pua seharusnya duduk bersama dengan kerajaan negeri menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifestonya dahulu kerana masih banyak janji yang belum ditunaikan terutama membabitkan kebajikan rakyat.

“Mungkin apa yang dilakukan oleh Tony itu untuk menutup kepincangan yang berlaku di Selangor terutama membabitkan pembongkaran isu pasir sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

“Dengan cara itu, orang ramai akan menumpukan isu itu dan melupakan isu pasir, cara mereka nak kaburi mata rakyat,” katanya.

Sementara itu, wakil Persatuan Kebajikan Selangor, Zaidi Mohd Nor menyatakan rasa kesal dengan tindakan Tony Pua yang cuba menimbulkan rasa gelisah rakyat Selangor terutama di kalangan orang Melayu dengan membangkitkan isu pemansuhan diskaun.

“Sebagai wakil rakyat, Tony tidak seharusnya memainkan isu berkenaan dan dia harus faham mengenai kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini bukan sahaja di Selangor.

“Apa yang dibangkitkan oleh Tony itu membabitkan Perlembagaan Negara dan seharusnya dia faham mengenai perkara itu. Sebagai ahli parlimen dia patut tahu atau saja buat tidak tahu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam bersama lapan wakil badan bukan kerajaan.MediaUMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s