PEMUDA UMNO SELANGOR ANGGAP CADANGAN PUA BERBAHAYA

Posted: 08/04/2010 in Uncategorized

Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada DAP berhubung cadangannya bagi memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk pembelian hartanah kerana menganggap cadangan itu berbahaya.
Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor Safarizul Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini pada 11 pagi. Bercakap kepada pemberita,  Safarizul menyifatkan cadangan itu sebagai berbahaya, sensitif dan berbentuk provokasi serta cuba menimbulkan bibit benci dan rasa tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran negara ini.

“Beliau jelas mencabar dan mempersendakan peruntukan undang-undang… cadangan yang dikemukakan beliau merupakan permainan politik yang berbahaya kepada kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.
Saya membuat laporan ini supaya polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat,” katanya.
Pada 26 Julai lalu, Pua mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000. – MediaUMNO/Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s