Kenyataan Tony Pua Provokasi Berbahaya

Posted: 08/04/2010 in Uncategorized

AMPANG, 4 Ogos – Pemuda UMNO menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Dap Tony Pua sebagai berbahaya, sensitif dan berbentuk provokasi serta cuba menimbulkan bibit benci dan rasa tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa.

Beliau berkata, cadangan Pua dan kehendak Dap itu boleh menimbulkan keresahan, menggugat ketenteraman awam dan mempertaruhkan keamanan negara demi kepentingan politik Dap.

“Beliau (Pua) jelas mencabar dan mempersendakan peruntukan undang-undang… cadangan yang dikemukakan beliau merupakan permainan politik yang berbahaya kepada kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

“Saya membuat laporan ini supaya polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat,” katanya. hari ini selepas membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung cadangannya bagi memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk pembelian hartanah.

Laporan itu dibuat oleh di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini pagi tadi. Safarizul mahu siasatan dan tindakan sewajarnya dilakukan terhadap Pua.

Pada 26 Julai lalu, Pua mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s