Pemuda BN Cabar, Kalau DAP Berani, Telus Buat Laporan SPRM

Posted: 08/02/2010 in Uncategorized

Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mencabar DAP untuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu surat sokongan untuk mendapatkan projek yang membabitkan pemimpinnya di Selangor.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata jika benar DAP serius dan tiada apa yang hendak disembunyikan ataupun melindungi mana-mana pemimpinnnya, mereka sepatutnya membuat laporan kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

“Sama ada DAP berani atau tidak untuk buat laporan kepada SPRM nak tunjuk ketelusan mereka sebab mereka kata mereka CAT (cekap, akauntabiliti dan telus) tapi setakat ini sebaliknya…jadi saya harap kalau mereka betul-betul serius dan tiada apa-apa yang mereka sembunyi dan tidak lindungi sesiapa mereka akan  buat laporan dan minta SPRM masuk buat siasatan”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Makmal Pemuda BN di sini, hari ini.

Kemelut yang melanda DAP ketika ini berhubung surat sokongan untuk mendapatkan projek bertambah parah apabila DAP hari ini memanggil Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim untuk mengadap jawatankuasa disiplin DAP pada 12 Ogos ini.

Sebelum itu dalam isu yang sama DAP telah pun bertindak memecat serta merta ahlinya yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock.

Mengulas lanjut perkara itu, Khairy seterusnya berkata kemelut yang berlaku dalam DAP ketika ini memperlihatkan seolah-olah ada usaha untuk menyelamatkan pemimpin DAP tertentu sebagaimana yang dinyatakan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim dalam Tweet nya “OMG! Real culprit freed”.

“Hari ini kita dikejutkan kerana YB Teng mungkin diheret ke lembaga dispilin kerana buat satu kenyataan dalam twitter beliau yang mengatakan pesalah sebenar bebas…apakah ini bermakna bahawa yang kena tindakan pada hari itu iaitu Tee (Tee Boon Hock) sebenarnya bukan culprit.

“Kita lihat bahawa usaha DAP hanya menangani isu ini di peringkat dalaman parti  tidak telus kerana tidak libatkan SPRM dan polis. Sekiranya inilah tindakan DAP yang seolah-olah nak sapu masalah mereka di bawah karpet maka saya rasa rakyat pun tidak yakin dengan cara bagaimana mereka nak selesaikan masalah.

“Ini kerana kenyataan Teng dalm twitter beliau menunjukkan bahawa sebenarnya orang yang buat kesalahan itu diselamatkan..kita pun tak tahu siapa”, ujarnya.

Pada masa yang sama kata beliau lagi pihaknya tidak bercadang untuk mendesak Kerajaan Selangor untuk menyiasat perkara ini kerana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mempunyai cukup kuasa dan tidak tahu apa-apa.

“Jadi dalam kes ini kita pun tak nak desak kerajaan Selangor kerana ini melibatkan DAP dan Menteri Besar sendiri tak punya kuasa seperti pasir kena curi dekat negeri sendiri pun dia tak tahu..jadi dalam kes ini lagilah dia tak tahu..

“Cuma kita minta penjelasan dari DAP apakah sebenarnya berlaku dalam skandal rasuah yang melibatkan nepotisme dan surat-surat sokongan yang telah diberi secara tak ikut prosedur oleh pimpinan DAP Selangor”, tegasnya –

Sumber: http://www.pemuda.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s