Rumah Urut Di Subang, Tumbuh Bak Cendawan

Posted: 07/29/2010 in Uncategorized

Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH

SUBANG 29 Julai – Realiti yang terpaksa diterima, di Parlimen Subang khususnya di Kota Damansara, Damansara Damai dan Damansara Perdana, pusat dan rumah-rumah urut tumbuh bagaikan cendawan sejak dua tahun yang lepas.

Ketua Pemuda UMNO Subang, Harrison Hassan berkata, Pemuda UMNO Subang khususnya bukan sahaja telah lama membangkitkan isu ini malah hairan dengan senangnya, pusat dan rumah urut ini dibuka dan tumbuh bagaikan cendawan.

“Dalam soal ini, saya merasakan pihak berkuasa tempatan harus meneliti semula cara permohonan atau proses pemberian rumah urut. Memanglah kalau kita teliti, kalau kita naik ke rumah-rumah urut ini, terpampang lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi yang lebih penting apa yang berlaku di dalam rumah urut ini.
“Jadi ini tidak harus dijadikan satu alasan, ataupun satu tiket untuk rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan,” ujarnya kepada UMNO-online baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Subang meminta penguatkuasa Majlis Daerah meneliti seterusnya kesahihan rumah-rumah urut ini bahawa ada tak terjadi perkara-perkara yang tidak harus berlaku dalam rumah urut. Dalam masa yang sama, penelitian perlu bagi memantau orang Islam yang hakikatnya tidak dibenarkan masuk, namun tetap mengunjungi rumah-rumah urut terbabit.

“Jadi, saya melihat ini satu keretakan yang berlaku dalam penguatkuasaan Majlis Daerah yang mana kerajaan Negeri juga memainkan peranan yang amat besar dalam perkara ini,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Subang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Penguatkuasa Majlis derah malah pernah membangkitkan hal ini kepada wakil rakyat khususnya di DUN Kota Damansara dan DUN Bukit Lanjan.

“Kami bersedia untuk memantau serta membantu apa sahaja yang diperlukan. Tetapi akhirnya penguatkuasaan yang sebenarnya ini harus dilakukan oleh majlis tempatan kerana sebagai rakyat biasa, dari segi undang-undangnya kami tidak dibenarkan memasuki rumah-rumah urut ini dan merampas sijil atau lesen dan sebagainya, atau menahan sesiapa yang masuk.

Sebagaimana yang saya katakan, terpampang lesen yang diberikan oleh Majlis Tempatan. Oleh itu, saya mintalah majlis tempatan untuk meneliti dan membuat spotcheck terhadap rumah-rumah urut ini yang banyak, khususnya di Parlimen Subang ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Harrison turut mengakui, sederet dengan pusat ADUN Kota Damansara terdapat banyak rumah-rumah urut, seakan-akan ADUN Kota Damansara mendiamkan diri atau membutakan mata melihat sahaja perkembangan rumah urut di sana.

“Sebagaimana yang ramai Penduduk Kota Damansara tahu, berderetan dengan pejabat ADUN juga, terdapat 2-3 rumah urut yang dibenarkan beroperasi. Jadi sepertimana yang saya sebut tadi, saya bukan tuduh sembarangan, ada juga rumah urut ini yang menjalankan, beroperasi secara sah dengan mengikut syarat-syarat yang diperuntukkan.

Tetapi akhirnya ini akan memberikan satu gambaran yang amat buruk kepada penduduk secara amnya, khususnya orang Islam kerana dibiarkan tertumbuhnya rumah-rumah urut ini dengan sewenang-wenangnya. Ini akan memudahkan khususnya anak-anak muda berkunjung ke rumah-rumah urut ini,” tambahnya. –MediaUMNO

Advertisements
Comments
  1. dirham says:

    Bukan apa,ianya diperuntukan hanya kepada penyokong Parti PR untuk beristrirehat .Sebab itu dia orang tak nak komen apa2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s