Petanda awal DAP mahu mansuh hak Melayu

Posted: 07/29/2010 in Uncategorized

Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh memberi amaran kepada Tony supaya tidak bermain api dengan sengaja membangkitkan isu tersebut.

Beliau berkata, walaupun cadangan itu hanya melibatkan hartanah komersial dan rumah mewah tetapi ia memberi mesej cukup jelas iaitu DAP mahu memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu.

”Lihat, inilah bibit-bibit permulaan DAP untuk menghapuskan segala keistimewaan orang Melayu. Mereka sememangnya bercadang untuk melakukan perkara ini jika diberi kuasa memerintah.

”Pulau Pinang adalah contoh yang terbaik. Cuba jenguk nasib orang Melayu di negeri itu. Pelbagai cara dibuat untuk meminggirkan orang kita di sana. Terbaru mengenai isu projek rumah mewah di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong,” ujarnya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s