`3 KSSB’ Lambang Keangkuhan Khalid Sebagai Raja Pasir Selangor – Khir Toyo

Posted: 07/29/2010 in Uncategorized

Bukan untuk mempertahankan diri tetapi menasihati Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan emosi dalam menangani isu pasir di Selangor dan beriya-iya sangat mempertahankan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebaliknya Menteri Besar itu menangani isu ini dengan bijaksana demi kebaikan rakyat Selangor.

Sekadar memberi gelaran hanya membuktikan Khalid dan pakatan pembangkan terdesak, kata Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Katanya, gelaran itu tidak memberi kesan kepadanya sebaliknya ia menunjukkan Khalid semakin terdesak untuk mempertahankan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kedudukannya.

“Janganlah emosi sangat. Mereka dakwa hasil pendapatan pasir zaman saya sangat kurang berbanding sekarang. Memanglah kurang kerana pengeluarannya kurang dan dilakukan atas tanah persendirian. Malah di zaman saya, kita banyak tutup lombong haram.

Dahulu PTG hanya mengutip RM3 setiap meter padu daripada pengusaha pasir kerana ia adalah tanah persendirian. Sekarang ini kerajaan negeri mengutip RM 7 kerana ia dilakukan atas tanah kerajaan. Yang tidak pernah dijelaskan ialah berapa banyak pasir dikeluarkan sekarang berbanding zaman saya dahulu? Kalau hendak dapat duit banyak dari pasir, koreklah satu Selangor ini maka akan bertambah dengan banyaklah pendapatan hasil pasir,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online bagi mengulas label ‘pesara lombong pasir haram’ terhadapnya.

Dalam masa yang sama, Khir turut hairan mengapa Khalid Ibrahim begitu beria-ria untuk mempertahankan KSSB dalam isu perlombongan pasir haram ini. Khir turut melabelkan Khalid sebagai ‘Raja Pasir Selangor’ sekarang ini apabila lebih sibuk mempertahankan KSSB berbanding kepentingan rakyat Selangor.

“Khalid cukup sinonim dengan KSSB sekarang ini sebab KSSB – ‘Khalid Suka Sangat Bohong’. Selain namanya sebagai Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Pertama, KSSB juga bermaksud ‘Korek Selangor Sampai Bankrup’ dan Khalid Sand Sdn Bhd,”.

Khir turut menasihatkan dan mengingatkan Khalid bahawa yang melantik beliau sebagai Menteri Besar Selangor adalah rakyat Selangor, bukannya KSSB.

“Jika sayang rakyat Selangor, tutuplah KSSB sebagai tanda sayang kepada rakyat Selangor yang telah melantiknya sebagai MB, bukannya sibuk mempertahankan KSSB yang telah mengorek hasil Selangor sehingga ada kawasan-kawasan perlombongan tertentu yang mengancam nyawa rakyat Selangor sendiri,” ujarnya -MediaUMNO

Advertisements
Comments
  1. KDIN says:

    AMACAM PROJECT KAT VIETNAM????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s