Jangka Hayat Khalid Sebagai MB Di Penghujung Jalan?

Posted: 07/28/2010 in Uncategorized

KUALA TERENGGANU 28 Julai – Nampaknya jangka hayat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim makin suram dan kedudukannya di kerusi panas sebagai peneraju pentadbiran negeri makin kelam.

Ini kerana sekutu paling rapat beliau dikatakan berpaling tadah dan berpihak kepada saingannya, Azmin Ali dengan mula menimbulkan pelbagai kritikan terhadap Menteri Besar terbabit.

Mengulas perkara itu, bekas pemimpin PKR,Lokman Noor Adam turut mengakui perkara berkenaan dan tidak mustahil Khalid bakal terlepas jawatannya dalam masa terdekat dan bakal digantikan dengan MB yang baru.

“Sepertimana yang disebut-sebut, saingan beliau ialah Azmin Ali yang dikatakan cukup rapat dengan Anwar dan tindakan sekutu rapat Khalid yang dikatakan berpaling tadah itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Ini kerana sekutu berkenaan mula melihat bibit-bibit kehancuran dan menyedari Khalid tidak akan kekal lama di kerusi panas tersebut. Jadi sebagai langkah awal, beliau mungkin “cabut lari” lebih awal untuk mendapatkan laba politik selepas ini,” katanya kepada UMNO-Online, ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebuah portal mendakwa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.

Menurut portal tersebut, seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu. Khabar angin menyatakan, ADUN berkenaan kini berubah haluan untuk berada dalam barisan pimpinan timbalan presiden parti Azmin Ali berikutan pelantikan ahli parlimen Gombak itu ke jawatan pengerusi pimpinan PKR negeri.

Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya percaya banyak lagi plot drama terbaru akan keluar selepas ini dalam usaha menyingkirkan Khalid.

“Kita tengok apa lagi yang akan keluar selepas ini. Nampaknya soal pasir dan soal pentadbiran lain tidak menarik minat pimpinan PKR untuk mencari jalan penyelesain, tetapi lebih menjurus kepada soal jawatan,”katanya. – MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s