PERMIT TAMAT TEMPOH- Kerja Mengorek Tetap Diteruskan….

Posted: 07/27/2010 in Uncategorized

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Kuala Selangor- Tempoh yang diberikan telah tamat tempoh, namun aktiviti mengorek pasir di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor tetap meneruskan kerja-kerja mengorek, yang turut mengancam keselamatan penduduk dan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya.

Jika aktiviti mengorek ini diteruskan, kegusaran perkara buruk boleh menimpa penduduk dan pelajar Unisel ini ada kebenarannya. Jarak antara lombong pasir dengan rumah penduduk hanya 30 meter sahaja, malah keretakan yang dibaiki sebelum ini, mula meretak kembali.

Jika sebelum ini, kumpulan media di bawa oleh pemimpin politik UMNO Selangor untuk meninjau situasi sebenar aktiviti perlombongan ini, namun hari ini, kumpulan media dibawa sendiri oleh penduduk kampung, malah salah seorang penduduk yang meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku ke atas kampung mereka ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Kg Bestari Jaya sendiri.

Mohd Ibrahim Abd Rahman, Ketua AMK Cabang Kg Bestari Jaya meminta Kerajaan negeri menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Selangor, malah menuntut janji-janji yang pernah dijanjikan sebelum ini.

”Di mana janji-janji mereka. Saya sebagai ketua belia di sini rasa kami terabai, di mana janji mereka sebelum dan selepas pilihanraya kecil Hulu Selangor sebelum ini. Itu yang kami harap, buktikan dan tunjukkan, baru kami percaya. Jangan sekadar kata sahaja. Pasal tanah ini, segelintir sahaja yang menjadi kaya”.

Dalam masa yang sama, ada segelintir penduduk mula hilang punca pendapatan sampingan, setelah aktiviti mengorek pasir ini berleluasa. Jika sebelum ini, mereka boleh memperolehi pendapatan sampingan sehingga RM60, namun kini pendapatan yang diperolehi sekadar RM20 sahaja.

Seorang penduduk, Shariff Malek meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap aktiviti mengorek pasir ini, kerana kesan yang teruk menyebabkan pencemaran yang menyebabkan pencari ikan hilang punca pendapatan. Akibat pencemaran ini, ikan pun makin berkurangan.

Punca pendapatan penduduk yang cari ikan di sini tidak dapat diteruskan, kesannya begitu teruk, dengan minyak dengan kelodaknya, ikan pun semakin berkurangan akibat aktiviti pengorekkan pasir ini.

“Dulu pendapatan sehari boleh dapat RM60, namun sekarang ini kurang, dalam RM 20 sahaja. Kami mintalah agar projek ini dihentikan kerana mengancam penduduk kampung ini” tambahnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Yusuf Mohd Akhir mengakui, memang aktiviti mengorek pasir ini nak untung, tapi tidak sesuai dengan keadaan sekitar di kampung ini kerana semakin lama, semakin mengancam keselamatan penduduk kampung.

Tambahnya, aktiviti mengorek yang sepatutnya ada sempadan tertentu, namun apa yang berlaku di Kg Bestari Jaya, pihak pemaju telah mengorek pasir sehingga berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk.

“Jika dah korek sampai ke perumahan penduduk, bermakna ia sudah merosakkan kampung saya. Saya membantah kerana ketua kampung tidak mengambil berat hal ini. Saya tidak setujulah, bermakna kampung ini kampung‘cherca’, (kampung rojak). Tidak ada peraturan lagi.

Jadi Ketua kampung ini menjalankan tugas, mementingkan diri sendiri sahajalah, tidak mengambil berat hal anak-anak buah. Jadi orang atas hendaklah ambil tindakan terhadap ketua kampung supaya dia menjalankan tugas dengan baik untuk anak buah dan kampung Bestari Jaya ini”, luahnya.

Dalam masa yang sama, kegusaran penduduk ini turut dikongsi bersama dengan warga kampus Unisel yang turut merasai ancaman bencana alam yang terjadi, jika aktiviti mengorek pasir ini diteruskan.

Menurut sumber dari Unisel yang tidak mahu mendedahkan identiti atas sebab keselamatan berkata, jika ada bencana alam terjadi, bukan sahaja penduduk kampung akan menerima musibah, malah mengancam nyawa dan keselamatan pelajar Unisel yang terletak bersebelahan dengan lombong pasir ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menaruh harapan agar pihak berwajib dapat menghentikan aktiviti mengorek ini demi menjamin keselamatan penduduk dan warga Unisel Bestari Jaya.

Sumber: http://www.sahabat-gunung.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s