Kurang Bijak RM15 Juta Untuk Propaganda, Pendidikan Lebih Baik -Khoo Kay Kim

Posted: 07/27/2010 in Uncategorized

Oleh: ROPIKAH AHMAD

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Peruntukan Kerajaan Selangor sebanyak RM15 juta sewajarnya dibelanjakan untuk keperluan pendidikan dan penyelidikan masyarakat khususnya kepada generasi muda, kata Profesor Emiratus Datuk Khoo Kay Kim.

Mengapa berfikiran lebih mundur, sedangkan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang menempatkan pelajar ditutup, belanja sebegitu hanya untuk propaganda.

Katanya, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam adalah sesuatu yang kurang bijak kerana mahu menyediakan sejumlah dana besar atas tujuan melawan media massa Barisan Nasional.

“Kalau mereka bijak mentadbir, sudah tentu paparan media tidak akan terarah kepada hal-hal negatif sebagaimana pelbagai isu yang timbul di negeri tersebut tetapi apa yang didedahkan menyerlahkan kebenaran bahawa mereka tidak tahu mentadbir,” katanya.

Beliau yang juga penganalisis politik tanah air melihat tindakan tersebut adalah tidak menjangkau masa depan sebaliknya pemikiran yang terkebelakang d

an kembali kepada zaman mundur.

“Persoalannya kenapa IKYS yang sudah sedia beroperasi ditutup, para pelajarnya dibiarkan tanpa pembelaan. Kenapa tidak dana sebegini banyak diberikan kepada penduduk setempat daripada mewujudkan propaganda politik lebih teruk?” soalnya yang juga pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Tambahnya, bukankah lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan pendidikan masyarakat setempat agar lebih ramai anak-anak muda mempunyai peluang melanjutkan pelajaran dan mengisi ruang tenaga buruh di pasaran.

“Media pembangkang banyak menimbulkan masalah dengan pelanggaran undang-undang dan kemudian penulisan mereka lebih terarah kepada fitnah dengan tidak melaporkan kebenaran sebaliknya mencari kecacatan tanpa memikirkan masalah sebaliknya,” katanya ketika dihubungi umno-online.

Jelasnya lagi, tentunya dengan sokongan kuat kewangan sebegini banyak maka media pembangkang akan lebih banyak mewujudkan kucar-kacir dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat daripada membantu keperluan dan kebajikan rakyat.

“Seharusnya apa yang lebih penting ialah soal pendidikan dan pelajaran golongan muda agar mereka dapat menilai sendiri secara kritis berkaitan hal-hal semasa yang ada di sekeliling mereka.

“Anak-anak muda perlukan pendidikan dan bukannya dijamu dengan pelbagai kekeliruan kerana dengan pendidikan itu sendiri akan melahirkan manusia yang lebih sempurna, bijak menilai dan waras melakukan tindakan,” tegasnya lagi. -MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s